Nufnang Ads

Saturday, July 13, 2013

Sepanjang Jalan Kenangan...Penang Road

Cewahhhh...macam tajuk lagu pulak... Kesempatan menyusuri Penang Road pada akhir Jun lalu mengembalikan kenangan lebih 25 tahun lalu. Nostalgik gitu.. Dulu2 jalan nilah tempat kami 'bermain2'. Dari Transfer Road kami berjalan beramai2 untuk ke Sekolah Convent Light Street untuk latihan practikal. Masa tu jalan pun tak terasa...masih muda belia... 

Apa yang saya perhatikan, tak banyak yang berubah di kawasan ni, semuanya masih sama...  Bangunan lama masih kekal. Mungkin hanya owner yang bertukar tangan.

Tempat pertama yang saya tuju adalah Pasar Chowrasta. Sebab apa tau... kerana dulu2 di sinilah kami membeli bahan2 mentah untuk memasak. Kat sini juga tempat saya turun bas mini untuk pulang ke rumah sewa. Sekarang ni, kat sini terkenal sebagai tempat  orang beli jeruk sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Selain itu,  boleh shopping kain baju kat bazar di sebelah Chowrasta. Kat sini anda juga boleh cuba cendol Penang yang selalu masuk tv tu..Di Penang Road ada juga pasaraya Mydin, dulunya bangunan ini adalah panggung wayang, agaknya Mydin tak wujud lagi kut masa tu..

Saya juga tak melepaskan peluang menyusuri Campbell Street. Kat sinilah saya beli baju nikah dolu tu2...teringin nak pi balik, puas saya cari kedai tu tapi tak jumpa. Maybe dah tutup kut....Banyak kedai yang menjual pelbagai barangan, termasuklah pakaian,kasut, kedai cenderahati dan juga kedai nasi kandar. Kalau datang sini  cuba lah makan kat kedai Nasi Kandar Hameedia. Walla..kata orang le, tak tahu pulak saya kerana saya tak begitu gemar makanan mamak ni..

Hasrat hati nak jalan terus hingga ke Komtar, tak jauh pun dari sini. Tapi jalan sibuk sangat. Dah tu kena panjat jejantas tinggi untuk lintas. Tak jadi la..Dulu2 takde nyer jejantas, pakai redah je..  

2 hari di Penang Road adalah pengalaman yang sangat awesome!!! sebabnya.. kalau datang bersama suami, tak mungkin saya dapat 'berfoya2' macam ni...shhhhh






anda boleh cuba sup kambing istimewa kat sini...

ada orang buat tunjuk perasaan kat depan balai polis trafik
berdepan pasar chowrasta..







lukisan beca di dinding kedai







I love Penang...







No comments: