Nufnang Ads

Thursday, July 22, 2010

Ayah dah makin sihat


Setelah menjalani pembedahan apendik pada 9 July yang lalu, suamiku kini makin sihat. Walaupun begitu, dia masih bercuti sehingga 29 July. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah. Diharapkan dia akan terus sihat...

Gambar terbaru selepas pembedahan

Wednesday, July 21, 2010

Pertama Kali Amir Naik Pentas...

Akhirnya impian kami sekeluarga tercapai, apabila anak bongsu kesayangan keluarga berjaya naik pentas untuk menerima hadiah sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SK Oran. Tahniah AMIR! Alhamdulillah.
















Thursday, July 1, 2010

Amir dapat no 4 lagi...

Minggu lepas, Amir telah dapat report card. Dia dapat no 4 lagi, sama macam peperiksaan awal tahun. Tiada riak gembira di wajahnya... mungkin dah biasa atau dia mengharapkan lebih. Daripada apa yang aku perhatikan, semua subjek menunjukkan peningkatan begitu juga peratusan. Peningkatan yang sangat mendadak... Jauh di sudut hatiku, aku amat bangga. No 4 dah cukup baik, kerana semasa dia di Tahun 1 dan 2, dia sentiasa dapat no 10 dan ke atas. Amir, mama dan ayah cukup gembira dengan pencapaian Amir setakat ini, tapi Amir mesti terus berusaha untuk berada di top 3.
Kelmarin pula, anak ketigaku, Adam telefon untuk memaklumkan dia telah habis menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan dah dapat markah pun untuk PI dan sejarah. Seperti kebiasaan Adam sentiasa memperoleh keputusan yang membanggakan, PI 91 dan sejarah 98. Alhamdulillah. Harap-harap untuk subjek lain juga, Adam akan mendapat keputusan yang membanggakan.
Boleh dikatakan setiap hari anak keduaku, angah menelefonku dari matrikulasi. Jarang sekali mereka (semua anak2ku) mahu bercakap dengan ayah mereka walaupun ayah mereka yang mengangkat telefon pada ketikaku. Aku sendiri tidak pasti apa masalahnya, sedangkan suamiku adalah ayah yang sangat penyayang dan banyak mengikut kemahuan anak2nya berbanding aku. Mungkin itulah keistimewaan menjadi ibu...
Berbalik kepada angah, mama baru terima bil tel. terkejut kami... Bil tel angah melebihi RM100 untuk bulan ini..Angah, berjimatlah sikit menggunakan tel. Mama dengan ayah bukan minta angah melunaskan bayaran tel ini (dia kata nak bayar guna duit sendiri), tapi mama minta angah berhemahlah menggunakan tel. Jika RM100 itu mama bagi pada angah untuk berbelanja, rasanya lebih berbaloi... Mama bukan marah, tetapi mengingatkan angah supaya lebih bijak... Tumpukan perhatian pada pelajaran angah...
Along yang jauh di perantauan, tiada apa yang dapat mama katakan, jaga diri baik2 dan belajar rajin-rajin. Dari kejauhan mama sentiasa mendoakan kesejahteraan along.
Ya Allah, Ya Tuhanku, peliharalah anak2ku, jauhi mereka dari mara bahaya, mudahkanlah segara urusan mereka, tingkatkanlah kebijaksanaan mereka dan jadikan mereka hambaMu yang beriman. Amin.