Nufnang Ads

Saturday, February 26, 2011

MURoc 2011

Pertandingan robot inter universiti (malaysia university robot competitions). Pak su terlibat secara langsung dalam pertandingan ini. Dia antara orang kuat mencipta robot untuk UNIMAP.

Sehingga petang kelmarin, pasukan UNIMAP mengungguli acara paintball robot. Khabarnya, hari ini final. harap pasukan UNIMAP berjaya... Good Luck!




pemeriksaan terakhir


ada yang tak kena..


pak su



UNIMAP team



Amir & Syazia berminat sangat dgn robot itu..




Pak Su memberi sokongan kpd pasukannya yang sedang bertanding



Amir dan ice blended


Chilled Cheese Cake & Baked Cheese Cake

Dah lama nak belajar buat cheese cake. Sabtu lepas, seramai 25 orang guru SMKDJH berpeluang menghadiri kursus pendek buat cheese cake di Kolej Komuniti Arau.

Excited!




Kolej Komuniti Arau


Pendaftaran, Rm 30 untuk 2 jenis cake termasuk makan tengah hari


dapat beg, di dalamnya ada pen, resepi dan apron



bahan2


3 orang guru lelaki yang sangat sporting... PK Ko Ku, PK HEM, Guru Disiplin


chilled cheese cake, buat based dulu


Cik Nurul Hidayah & Cik Nur Asma, tenaga pengajar hari tu, ajar cara menghias cake



cuba buat... sorry lupa nak rotate



hasilnya!!!! lepas ni letak dlm peti sejuk semalaman


hias baked cheese cake pula... sarang labah2, rupanya tak la susah sangat nak hias ni...


makan tengah hari yang disediakan


Hasilnya yang siap masak, dah boleh makan
atas: baked cheese cake
bawah : chilled cheese cake

chilled cheese cake - tak sabar nak potong.. sepatutnya semalaman dlm peti sejuk



bestttt, lepas ni boleh cuba.
terima kasih kepada Cik Nurul hidayah dan Cik Nur Asma yang sabar mengajar kami..

kepada yang berminat untuk belajar resepi ini silalah berhubung dengan kolej komuniti terdekat. mereka memang mengalu2kan penyertaan orang ramai untuk berkursus di sini.


Thursday, February 17, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KE 22

Selamat hari jadi kakak! Dah besar anak mama. Semoga kakak beroleh kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dalam kehidupan.


Mama sayang kakak!


Tuesday, February 15, 2011

Ulat buku... ye ke?

Lihatlah gelagat anakku Muhd Amir Daniel, 10 tahun. Bolehkah dia dikategorikan sebagai ulat buku? Gambar2 di bawah dirakamkan ketika dia ke gedung buku POPULAR untuk mengambil kadnya yang dah lama siap.

Setelah mengambil kad, dia pun memilih buku di rak.



pilih buku


bayar, pertama kali guna kad yang baru dapat
teruja betul dia kerana dapat diskaun
ayah dengan dunianya



sambil berjalan

ketika order popia


menunggu order

masa makan

semasa aku cucuk duit di ATM


berjalan ke kereta
bonet dibuka untuk memasukkan barang

apatah lagi dalam kereta

Dalam perjalanan nak balik dia dah beberapa kali khatam buku itu.
Ini bukanlah kali pertama dia buat macam ini, setiap kali ke kedai buku beginilah gelagatnya..

*Terlupa nak ambil gambar semasa atas escalator

Thursday, February 10, 2011

Tak Sangka..

aku dah jadi cikgu hampir 23 tahun. pelbagai pengalaman yang dikutip sepanjang bergelar pendidik ini. 14 tahun di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah.

berbeza pengalaman di sekolah rendah dan di sekolah menengah. di sekolah rendah pelajarnya sangat patuh arahan guru, comel tetapi banyak juga yang comot dan kuat mengadu. sikit2 "cikgu dia kacau saya" , " cikgu, dia ambil pensel saya" dan macam-macam lagi.

di sekolah menengah, pelajar kurang hormat guru, suka melawan, suka buat hal sendiri, tidak berminat nak tolong guru (mungkin sekolah aku sahaja ). tapi ramai juga yang baik2, yang boleh dijadikan teman berbicara, ada juga yang lebih pandai daripada cikgu. Kategori ini boleh minta tolong, nak hias kelas ke, nak buat apa2 program ke, mereka boleh uruskan. cikgu sekadar penasihat sahaja.

tapi hari ini, semasa kelas ICTL, pelajar di belakang kelas menjerit, "cikgu, dia muntah!". rakan yang berhampiran lari lintang pukang. riuh rendah kelas. "apa? muntah? siapa? demam ka?" bertalu2 soalan dariku.

Hai, di sekolah menengah pun masih ada masalah macam ini. Ingatkan dah habis. kalau sekolah rendah, boleh la terima..

kepada adik2 dan anak2 yang akan bergelar guru, bersedialah menghadapi segala kemungkinan. Kadang-kadang tidak disangka sama sekali..

Walau apapun, semua pengalaman tersebut akan mematangkan kita untuk bergelar guru berwibawa. Itu hanya sekelumit, banyak lagi masalah yang lebih besar, yang menuntut darjah kesabaran yang sangat tinggi....

Wednesday, February 9, 2011

Bola Bola Bola...

Dah lama tak ke stadium tengok bola. Dulu2, zaman muda2 kami sekeluarga sering juga ke stadium tengok bola. Mungkin juga faktor usia atau mungkin juga kerana prestasi mutu bolasepak semasa membuat suamiku kurang berminat untuk ke stadium lagi.



tengah hari kelmarin, tiba2 cikgu Azhar memberi 3 tiket untuk tengok perlawanan bola KPT-UniMAP Charity Cup. kerna tiket free, kami pun ke stadium. Rupa2nya perlawanan bola antara veteran Malaysia vs veteran Perlis. Best juga kerana dapat tengok pemain2 era 80an beraksi.


Antaranya, azman adnan, ahmad sobri, radhi md din yang begitu gemilang di zaman mereka dulu. Mengimbau kenangan lalu...


Skil mereka masih mantap, tetapi fizikalnya dah banyak berubah, kudrat pun dah makin lemah.
begitulah putaran hidup..

terima kasih cikgu azhar, bagi tiket free

Amir yang ceria, kerana dah lama tak tengok bola

baju kuning veteran Malaysia dan baju biru veteran Perlis.
Veteran Malaysia menang 4-1


ramai juga peminat...




masih hebat

Kami tengok sehingga separuh masa pertama sahaja, Amir mengantuk...kena balik