Nufnang Ads

Wednesday, February 9, 2011

Bola Bola Bola...

Dah lama tak ke stadium tengok bola. Dulu2, zaman muda2 kami sekeluarga sering juga ke stadium tengok bola. Mungkin juga faktor usia atau mungkin juga kerana prestasi mutu bolasepak semasa membuat suamiku kurang berminat untuk ke stadium lagi.



tengah hari kelmarin, tiba2 cikgu Azhar memberi 3 tiket untuk tengok perlawanan bola KPT-UniMAP Charity Cup. kerna tiket free, kami pun ke stadium. Rupa2nya perlawanan bola antara veteran Malaysia vs veteran Perlis. Best juga kerana dapat tengok pemain2 era 80an beraksi.


Antaranya, azman adnan, ahmad sobri, radhi md din yang begitu gemilang di zaman mereka dulu. Mengimbau kenangan lalu...


Skil mereka masih mantap, tetapi fizikalnya dah banyak berubah, kudrat pun dah makin lemah.
begitulah putaran hidup..

terima kasih cikgu azhar, bagi tiket free

Amir yang ceria, kerana dah lama tak tengok bola

baju kuning veteran Malaysia dan baju biru veteran Perlis.
Veteran Malaysia menang 4-1


ramai juga peminat...




masih hebat

Kami tengok sehingga separuh masa pertama sahaja, Amir mengantuk...kena balik


No comments: