aku dah jadi cikgu hampir 23 tahun. pelbagai pengalaman yang dikutip sepanjang bergelar pendidik ini. 14 tahun di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah.
berbeza pengalaman di sekolah rendah dan di sekolah menengah. di sekolah rendah pelajarnya sangat patuh arahan guru, comel tetapi banyak juga yang comot dan kuat mengadu. sikit2 "cikgu dia kacau saya" , " cikgu, dia ambil pensel saya" dan macam-macam lagi.
di sekolah menengah, pelajar kurang hormat guru, suka melawan, suka buat hal sendiri, tidak berminat nak tolong guru (mungkin sekolah aku sahaja ). tapi ramai juga yang baik2, yang boleh dijadikan teman berbicara, ada juga yang lebih pandai daripada cikgu. Kategori ini boleh minta tolong, nak hias kelas ke, nak buat apa2 program ke, mereka boleh uruskan. cikgu sekadar penasihat sahaja.
tapi hari ini, semasa kelas ICTL, pelajar di belakang kelas menjerit, "cikgu, dia muntah!". rakan yang berhampiran lari lintang pukang. riuh rendah kelas. "apa? muntah? siapa? demam ka?" bertalu2 soalan dariku.
Hai, di sekolah menengah pun masih ada masalah macam ini. Ingatkan dah habis. kalau sekolah rendah, boleh la terima..
kepada adik2 dan anak2 yang akan bergelar guru, bersedialah menghadapi segala kemungkinan. Kadang-kadang tidak disangka sama sekali..
Walau apapun, semua pengalaman tersebut akan mematangkan kita untuk bergelar guru berwibawa. Itu hanya sekelumit, banyak lagi masalah yang lebih besar, yang menuntut darjah kesabaran yang sangat tinggi....
No comments:
Post a Comment