Nufnang Ads

Monday, July 25, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK

Amir masuk pertandingan memasak? biar betul...

Amir telah mencipta sejarah dalam keluarga kerana berani masuk pertandingan memasak anjuran unit ko kurikulum sekolahnya.

Menang pulak tu, lihatlah hadiahnya...

Menunya nasi goreng..













Tahniah Amir!

Monday, July 4, 2011

HADIAH DIRAJA

Hari ini aku umpama dipaksa untuk hadir ke Hari Anugerah Cemerlang SMSTSP. Pengetua meminta aku menggantikan dia dengan alasan aku ada anak yang belajar di sini.




Walaupun abang tidak dapat hadiah pada hari ini, tetapi prestasinya sentiasa membanggakan kami semua. Peperiksaan pertengahan tahun, abang mendapat no 8. Hadiah hanya untuk tempat 1, 2 dan 3 sahaja.




Tetamu kehormat pada hari ini adalah YTM Raja Perempuan Perlis dan YTM Raja Perempuan Muda Perlis.




Majlis berjalan dengan lancar sekali. Sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis berlangsung.




Kami disediakan makan tengah hari yang sangat istimewa. sambil makan kami dihidangkan pula dengan nyanyian lagu-lagu sentimental. Mengasyikkan...




Diakhir majlis YTM Raja perempuan telah memberi hadiah kepada kami guru-guru perempuan. Guru lelaki tak dapat... Istimewanya aku mendapat sehelai kemeja batik yang sangat cantik... terima kasih Tuanku. Inilah tuah menjadi wakil pengetua.




Hadiah Diraja ini akan kuberikan kepada suami tercinta...









curi2 ambil gambar...



persembahan koir yang terbaik..



YTM Raja Perempuan dari jauh..






Persembahan anakanda Raja Muda







diplastik pembalut tertulis RM180




Hadiah Diraja..


















Sunday, July 3, 2011

Musim buah kembali

berkelah di dusun memang menjadi rutin apabila tibanya musim buah. Durian telah mula gugur. kebiasaannya durian adalah buah yang pertama yang boleh dirasa, diikuti manggis, rambutan, dokong, langsat dan cempedak.





mengimbas nostalgia lalu, aku akan ke dusun sebaik saja pulang dari sekolah. Mengutip durian yang gugur adalah satu nikmat yang tidak boleh dijelaskan dengan perkataan. Lepas itu, kami adik beradik akan memanjatpula pokok manggis dan juga pokok langsat.



Di setiap musim buah juga, kelas kami di SKKN akan mengadakan kenduri buah-buahan. Setiap orang pelajar yang ada dusun akan membawa buah-buahan yang mereka ada untuk dijamu kepada rakan-rakan serta guru-guru. Musim buah umpama pesta di sekolah waktu itu. adakah fenomena ini masih wujud pada masa kini? aku sendiri tidak pasti kerana telah meninggalkan SKKN lebih 30 tahun lalu..









dulu, kami panjat tak pakai tangga ni...