Nufnang Ads

Monday, March 31, 2014

Musim bunga @ SMKDJH

Perlis mengalami cuaca yang sangat panas dan kering sejak Disember lalu. Baru-baru ini ada sikit2 hujan. Apabila cuaca begini, seolah2 musim luruh dan musim bunga pulak. Mari tengok gambar yang saya ambil sekitar sekolah hari ini..

Subhanallah, cantik sangat kan..






Zakat


Alhamdulillah, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis sekali lagi memberi cenderamata kepada pembayar2 zakat di negeri Perlis. Cenderamata ini diberi setiap tahun kepada pembayar zakat yang membayar secara potongan gaji setiap bulan.

Mungkin cara ini pihak majlis menunjukkan tanda terima kasih kepada pembayar zakat yang setia ini.
Sesunggguh membayar zakat adalah wajib kepada sesiapa yang tergolong dalam kalangan mereka yang berkenaan. Wallahualam..

Terima kasih.




Friday, March 21, 2014

My hero

Walaupun agak lewat, saya ingin juga mendedikasi entri ini buat hero saya MUHAMMAD ADAM FAHMI B. AHMAD TARMEZE.

Alhamdulillah, keputusan SPM 2013 telah diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya usah kecewa kerana masa masih panjang. Pelbagai peluang tersedia di luar sana.  Pilih saja yang sesuai..

Sebagai ibu saya sangat bersyukur dan bahagia sekali dengan keputusan cemerlang abang. Syukur atas rezeki ini dari Yang Maha Esa. Semuanya dengan keizinanNya. Tapi keputusan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha gigih abang, kerja keras guru2 SMSTSP serta doa dan tawakkal kepadaNya. Allah telah menjanjikan kejayaan dan kebahgian kepada sesiapa yang berusaha dan meminta dariNya.

Terima kasih guru2 Adam sejak tingkatan 1 dan juga waden asrama di SMSTSP. 5 tahun abang diasrama, dia lebih banyak membesar di sekolah. Penat lelah cikgu2akan saya kenang sampai bila2. Terima kasih cikgu..

Saya berharap akan terlaksanalah cita2 abang untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kecemerlangan abang..

Teruskan memanjat doa kepadaNya..


Seramai 30 orang mendapat straight A's.
Cari yang mana satu Adam...

Saat yang sungguh membahgiakan tatkala nama abang diumumkan mendapt 8A+ 1A

Hero2 cemerlang... nampak tak ada kembar seiras ( dua2 8A+ 1A)
kiri kanan tu ibu bapa sikembar..
Adam (paling kanan)

anda wajar bergembira dengan keputusan ini..
penat lelah study telah berbayar..

Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370

Kami guru-guru dan pelajar SMKDJH turut bersimpati atas musibah yang menimpa pesawat MH370. Sehingga kini, ia masih misteri dan belum ada petunjuk baru untuk menjejaki pesawat malang ini. 

Hari ini kami mengadakan solat hajat di dewan terbuka yang disertai oleh semua guru, staf dan para pelajar.
Hanya doa yang mampu kami titipkan buat crew dan penumpang MH370  agar segera menemui jalan penyelesaian. Harapan kami agar semuanya selamat. Tiada yang mustahil di dunia ini jika mendapat keizinan dariNya. Semoga doa kami didengari oleh Yang Maha Esa.

Buat keluarga dan saudara mara mangsa, tabahlah menghadapi dugaan ini kerana  Allah mempunyai perancangannya sendiri. Sebagai hambaNya kuatkanlah iman menghadapi ujian ini.



Pelajar2 menurunkan tandatangan pada banner yang disediakan oleh BKGK 
sebagai tanpa simpati 





solat hajat dipimpin oleh Ustaz Alias

Monday, March 10, 2014

MSSPs....SMKDJH AJK induk perasmian/penutup

Mssps berlangsung selama 4 hari bermula 10-13 Mac 2014. SMKDJH telah dilantik menjadi AJK induk untuk majlis perasmian dan penutup. Ini kira event peringkat negeri. AJK ini dirotate setiap tahun. Oleh kerana Perlis ini kecil, sekolah pun sikit maka pi mai pi mai akan kena juga.

Bahagian perasmian ini agak  banyak kerja , kena fikir gimik, perbarisan, pembawa playcard, lagu negaraku, lagu marching, lagu selingan dan persembahan. Hmmm gimik...Alhamdulillah berkat kerjasama semua berjalan lancar. Ramai guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing2, jadi segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya...

Seawal 2.00 petang semua yang terlibat telah berkumpul di mini stadium SMKSH. Panas tak payah nak cerita la.. demi tugas yang diamanahkan kami buat sehabis baik termasuk para pelajar yang begitu teruja dengan peranan masing2. 

Jom kita tengok warna warni Mssps kali ke 47.

Perasmi, YB Abdul Jamil diiringi Tuan Pengarah Pelajaran

Mohd Iqmal, pembaca ikrar

pembawa bendera kejohanan
seminggu dah berlatih..











tu dia.. kontijen SMKDJH

berbaju Kedah dan topi bunga2..

panas lit lit...

2 pembawa playcard pengsan..

gimik..logo mssps naik dari kelopak bunga.. idea cikgu Jusa
diikuti dengan letupan bommm..ye le tu..

 bacaan ikrar
nasib baik tak tersasul ya Iqmal..
Cikgu Wirut, pengurus SMKDJH

sweet kannn.. pembawa palycard yang dipilih oleh Cikgu Shahrulniza



yeaayyy... kami menang mascot. Tema bunga
direka dan dibuat oleh Cikgu Fazli


Tahniah!

  lompat tali

  woww...
  tarian Thai... trademark smkdjh

  bokwa

harus ada sekeping ...

sekeping lagi ... berdiri pulak..

thanks to my lovely students yang banyak membantu
tanpa mereka, saya mungkin pengsan..


* gambar2 dari kamera cikgu Anizan. Terima kasih..






Sunday, March 9, 2014

Malaysia turut menangis..

Sudah 2 hari seluruh rakyat Malaysia menantikan khabar mengenai kehilangan pesawat MH370. Terdapat 239 penumpang termasuk crew di dalam pesawat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dugaan maha hebat buat keluarga mangsa. Bersabarlah, Allah maha mengetahui segalanya.

Ketahuilah kami rakyat Malaysia turut bersedih, kami juga turut menangis atas musibah ini dan kami juga turut berdoa agar semuanya dilindungi olehNya.

Jauh di sudut hati, saya menaruh harapan agar ada keajaiban berlaku. Temuilah mereka dengan selamat ya Allah. Tabahlah wahai ibu bapa, suami/ isteri, anak2, abang2, kakak2, saudara-mara serta kawan2 mangsa...serahkan segalanya pada yang Maha Esa.

Mohon rakyat Malaysia menghormati perasaan dan sentiviti ahli keluarga. Fahamilah perasaan mereka, janganlah ia dijadikan isu politik atau bahan jenaka. Letakkan diri kita ditempat mereka, apa yang kita rasa..hari ini hari mereka, mungkin esok lusa time kita pula..

Friday, March 7, 2014

PIBG SK ORAN & Datuk Dr Rozmey

Kenalkah anda dengan Datuk Dr. Rozmey? Personaliti bergelar jutawan ini merupakan pengasas Herb Prima Marketing berpengkalan di Bandar Darulaman, Jitra. Produk pelangsingan Jusmate 5 benar2 mempopularkan beliau.  Beliau juga telah menggemparkan dunia filem tanah air apabila mengeluarkan filem '2 Alam'  suatu ketika dahulu. Maklumat lanjut sila google..

Dr Rozmey telah diundang untuk merasmikan mesyuarat PIBG SK Oran. Kenapa beliau? Menurut guru besar mereka ingin mempelbagaikan info kepada ibu bapa, tahun lepas Datin  Normala Samsudin. Mungkin juga strategi untuk menariik lebih ramai ibu bapa hadir mesyuarat...bijak2

Dalam ucapannya, beliau menceritakan ranjau dan liku2 sebelum bergelar jutawan, bukan mudah yer.. yang saya ingat ialah selalulah bertahajud dan solat dhuha agar segala urusan kita dipermudahkan dan murah rezeki. Selain itu banyak2lah bersedekah, insyallah Allah melipatgandakan rezeki kita...

Sebenarnya saya dan suami hadir kerana sibongsu menerima hadiah UPSR 2013, kami bukan lagi ahli PIBG SK Oran.. apapun terima kasih seluruh warga SKO..




Bersama bekas guru...

Penerima anugerah

Dapat salam dgn Datuk Dr. Rozmey..

view dari tempat dufuk ibu bapa

tarian endang.. sweet

bersama rakan baik..