Nufnang Ads

Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370

Kami guru-guru dan pelajar SMKDJH turut bersimpati atas musibah yang menimpa pesawat MH370. Sehingga kini, ia masih misteri dan belum ada petunjuk baru untuk menjejaki pesawat malang ini. 

Hari ini kami mengadakan solat hajat di dewan terbuka yang disertai oleh semua guru, staf dan para pelajar.
Hanya doa yang mampu kami titipkan buat crew dan penumpang MH370  agar segera menemui jalan penyelesaian. Harapan kami agar semuanya selamat. Tiada yang mustahil di dunia ini jika mendapat keizinan dariNya. Semoga doa kami didengari oleh Yang Maha Esa.

Buat keluarga dan saudara mara mangsa, tabahlah menghadapi dugaan ini kerana  Allah mempunyai perancangannya sendiri. Sebagai hambaNya kuatkanlah iman menghadapi ujian ini.



Pelajar2 menurunkan tandatangan pada banner yang disediakan oleh BKGK 
sebagai tanpa simpati 





solat hajat dipimpin oleh Ustaz Alias

No comments: