Nufnang Ads

Friday, March 21, 2014

My hero

Walaupun agak lewat, saya ingin juga mendedikasi entri ini buat hero saya MUHAMMAD ADAM FAHMI B. AHMAD TARMEZE.

Alhamdulillah, keputusan SPM 2013 telah diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya usah kecewa kerana masa masih panjang. Pelbagai peluang tersedia di luar sana.  Pilih saja yang sesuai..

Sebagai ibu saya sangat bersyukur dan bahagia sekali dengan keputusan cemerlang abang. Syukur atas rezeki ini dari Yang Maha Esa. Semuanya dengan keizinanNya. Tapi keputusan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha gigih abang, kerja keras guru2 SMSTSP serta doa dan tawakkal kepadaNya. Allah telah menjanjikan kejayaan dan kebahgian kepada sesiapa yang berusaha dan meminta dariNya.

Terima kasih guru2 Adam sejak tingkatan 1 dan juga waden asrama di SMSTSP. 5 tahun abang diasrama, dia lebih banyak membesar di sekolah. Penat lelah cikgu2akan saya kenang sampai bila2. Terima kasih cikgu..

Saya berharap akan terlaksanalah cita2 abang untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kecemerlangan abang..

Teruskan memanjat doa kepadaNya..


Seramai 30 orang mendapat straight A's.
Cari yang mana satu Adam...

Saat yang sungguh membahgiakan tatkala nama abang diumumkan mendapt 8A+ 1A

Hero2 cemerlang... nampak tak ada kembar seiras ( dua2 8A+ 1A)
kiri kanan tu ibu bapa sikembar..
Adam (paling kanan)

anda wajar bergembira dengan keputusan ini..
penat lelah study telah berbayar..

No comments: