Nufnang Ads

Monday, July 15, 2013

Orang Kampung

Musim buah di Kedah dan Perlis adalah sekitar Jun dan Julai. Tahun ini buah2an begitu menjadi berbanding tahun lepas. Sayangnya buah2an ini masak ranum pada bulan puasa. Banyak mana sangat yang boleh makan dalam masa yang terhad ini..

Durian dah nak habis, langsat dan dokong dah makin ranum, ada yang telah gugur ke tanah, begitu juga manggis yang makin hitam kulitnya. Cempedak baru mula masak. Boleh makan goreng cempedak setiap hari la bulan puasa ni.. 

Sayangnya, anak2 tak dapat balik. Bagi saya pada musim buah ni teringat sangat kat anak2 yang gemar makan buah2 dari dusun sendiri. kalau ikut nak beli berlambak durian, manggis atau rambutan dipasar2 malam... tapi tak sama dengan buah2an yang dipetik sendiri... pengalaman memungut durian yang gugur tak sama dengan yang dibeli. Letih memanjat manggis atau langsat adalah nikmat yang tak terhingga..sakit digigit kerengga tatkala memetik rambutan juga tidak terasa. Pengalaman ini tak mungkin dapat dibeli dengan RM... nikmatnya menjadi orang kampung...


langsat menguning

durian kampung


'geruk' (sarung cempedak) - dibuat dari daun kelapa, untuk memastikan buah cempedak cantik menawan

rambai yang masih hijau

manisnya dokong..


durian dah gugur..cepat kutip!

No comments: