SMKDJH dan 5 buah sekolah zon Utara telah menyertai D-Code Camp atau Coding Camp di Bayview Hotel, Georgtown, Penang bermula 26-30 Jun yang lalu. Sekolah2 tersebut ialah SMK High School, Bukit Mertajam, SMK Convent Alor Star, SMK Sg Layar Sg.Petani, SMK Gunung Rapat, Ipoh, SMK Convent Trancisian, Ipoh dan SMKDH, Perlis. Oii.. gerun tengok sekolah2 lain, semuanya sekolah yang tersohor termasuklah ada yang bergelar sekolah kluster. Kamilah satu2 sekolah yang mewakili negeri Perlis dan 'tidak ada nama' pulak tu...
Semua perbelanjaan ditanggung oleh StartupMalaysia.org termasuk pengangkutan dan makan minum sepanjang perjalanan. Bas datang ambil kami seawal 7.45 pagi untuk ke Penang. Bas besar tu hanya bawa kami 11 orang je... siap boleh main aci ligan dalam bas. Seronok sungguh budak2 tu..Sampai di Penang kami singgah ambil pelajar High School BM.
Semasa pendaftaran, kami diberi beg yang berisi 3 helai Tshirt untuk dipakai sepanjang camp, pendrive 4G, alat tulis dan buku nota. Selesai je pendaftaran para pelajar terus je diberi makan di restoran hotel. Makan 6 kali sehari. Sampai nak muntah tengok makanan hotel ni selama 5 hari. Sedap tapi cepat jemu...dasar orang kampung..
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 5 hari itu. semuanya best. Pelajar2 diajar coding menggunakan HTML, Phyton, Ruby, CSS dan Javascript. Mereka kena buat personal website dan membentang idea generation untuk projek selepas camp.
Walaupun pelajar saya bukan aliran IT tetapi mereka telah menunjukkan kesungguhan dan minat yang sangat tinggi, berdisiplin dan mampu bersaing dengan rakan2 yang lain.. sebagai guru pengiring saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Walaupun kami adalah sekolah luar bandar tetapi Ikmal telah diangkat sebagai potential Coder manakala As sebagai Indipendent Coder. Tidaklah kami pulang dengan tangan kosong...
10 orang je dalam bas besar ni..
pemenang team building
Tahniah Ikmal dan As... kamu membanggakan cikgu..
Show untuk dinner...aci2 buka pintu
explore race
hospital...Irwan terpaksa ke hospital kerana sakit dada. nasib baik tidak ada apa2...
Risau sungguh saya...
tekun..
laptop disediakan sorang satu..
fasi yang sangat friendly
main godek2..
bila present dia dah tak tau cakap Melayu... bantai orang putih semua..
view dari level 7
bersungguh2...
aktiviti team building
abang Syah ..camp leader..
SMKDJH boleh!
bersama pengarah projek dan camp leader..
Dinner... tema jersey
terima kasih fasi..
fasi berbaju hitam, kami warna warni..
Happy dah habis..
No comments:
Post a Comment