Nufnang Ads

Sunday, May 18, 2014

Tak dapat Germany, US pun ok...

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana Allah menjawab doa kami sekeluarga. Kau Maha Mengetahui dan Maha Memberi ya Allah. Terima kasih..

 My hero, Adam Fahmi yang sejak kecil bercita2 melanjutkan pelajaran keluar negara akhirnya mendapat tawaran yang ditunggu2 awal pagi semalam. Dia mendapat tawaran biasiswa penuh dari TNB untuk melanjutkan pelajaran ke US. Sebelum tu kena buat persediaan di UNITEN terlebih dahulu.

Ingat tak lagi entri saya stranded at BBB? Interview pertama yang dia dapat di UNITEN. TNB ni very strict, calon kena hadiri educamp selama 3 hari, sesiapa yang layak akan senaraipendek untuk interview, berjaya interview baru dapat..difahamkan 150 orang dipanggil untuk educamp, hanya 70 layak diinterview dan akhirnya lebih kurang 20 orang sahaja yang terpilih. Tahniah Adam Fahmi kerana melepasi dengan jayanya setiap cabaran!

Walaupun begitu, sedari awal Adam berminat untuk ke Germany, tapi rezekinya di US. Nevermind Adam, jangan kecewa mungkin peringkat master atau PHD boleh ke sana pula, atau sekurang2nya boleh pergi makan angin ke Germany..jangan lupa bawa mama sama ya..

Dalam pada itu, masih ada 2 peluang kerana MARA dan JPA belum keluar result lagi, harapan masih ada untuk ke Germany..berdoalah.. Setiap solat, mama hanya berdoa semoga diberi yang terbaik untuk abang.. mungkin US adalah yang terbaik untuk abang. Allah mempunyai perancangannya yang tersendiri..bersyukurlah..

* Ini adalah satu sebab saya tak sabar menanti Mei
* ada lagi satu persoalan yang belum terjawab..

2 comments:

Zeeta said...

Tahniah

zaharah said...

Terima kasih, Alhamdulillah..