Hari ini kami tersangkut kat rumah anak sedara di BBB.
Alkisahnya kami ke sini atas urusan my hero Adam. Dia dapat shortlisted untuk biasiswa TNB di Uniten.
Bertolak dari Perlis 4 ptg semalam sampai sini sekitar 10.30 mlm. Semua berjalan lancar semasa perjalanan.
Pagi ini kami bersiap awal untuk hantar Adam ke Residence Hotel Uniten. Cadangnya selesai urusan Adam kami akan terus pulang ke Perlis.
Malangnya, apabila start kereta tak hidup pula. Nasib baik anak sedara tak kerja, dia tolong hantar dan settled hal Adam dulu. Adam di sini 4-6 April ni.
Balik Uniten, panggil pomen, check sana sini, dia kata kena tukar barang. Kena beli kat KL nun... Apabila tukar barang tak hidup juga...last2 dia kata kena setting apa ntah, so kena towing ke pusat service. Sampai skrag pukul 7 trak towing belum sampai. Stranded satu malam kat sini nampaknya. Harap2 esok boleh settle.
Masih bernasib kerana jadi di rumah bkn kat tengah highway marin...
Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana dapt hantar Adam dengan selamat dan harap dia dapat melanjutkan pelajaran keluarga negara dlm bidang yang diminati dengan full scholarship TNB.
Amin.
No comments:
Post a Comment