April hingga Jun adalah musim harum manis di Perlis. Kepada sesiapa yang kurang arif, harum manis adalah sejenis mempelam ye..
Kononnya harum manis hanya menjadi di negeri Perlis sahaja ( saya petik statement dari radio Perlis fm). Faktor cuaca yang menyebabkan harum manis hidup subur di Negeri Kayangan ini. Perlis ada 'winter wind' sekitar Feb di mana ketika itu harum manis galak berbunga.
Harga sekilo pada masa kini sekitar RM15-23. Mahal gila kan... 2 @ 3 biji dah melebihi sekilo..Rasanya memang sedap, manis dan berbau harum. Orang Perlis suka makan bersama pulut sibaq ..sedapppp..
Bagi saya, tak ler sedap mana pun .. Tetapi buah ini bermusim dan susah nak dapat serta harganya yang mahal menyebabkan orang ramai berebut2 nak mencuba..
Di tempat kerja ramai juga kawan2 yang jadi supplier harum manis ni...memandangkan minggu ini cuti panjang dan anak2 semua balik saya membeli 2 kilo dengan harga RM40. Pagi ini dengan gigihnya saya membuat pulut sibaq untuk digandingkan dengan mempelam mahal ni...
Secara peribadi saya lebih suka makan begitu sahaja .pulut makan dengan ayam lagi sedap berbanding harum manis...
Kepada pelancong2 jangan tertipu dengan peniaga2 yang tamak di sepanjang jalan di Perlis ni. Study sikit tentang harum manis sebelum anda membelinya.. Ramai dah yang terkena.. Berhati2...
No comments:
Post a Comment