Nufnang Ads

Friday, March 8, 2013

Persiapan menyambut DYTM Raja Muda Perlis

SMKDJH akan dikunjungi oleh DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis pada hari Isnin nanti 11 Mac 2013 sempena program Titian Kasih Mega. Warga SMKDJH amat berbesar hati atas keberangkatan Tuanku berdua. So, kami semua bertungkus lumus membuat persiapan sejak seminggu yang lalu. suasana di sini seolah-olah hendak menyambut menantu sulung. Guru2 dan pelajar sibuk membuat pelbagai persiapan menjelang Isnin ini.

Pagi tadi telah diadakan raptai penuh majlis ini dengan kehadiran pegawai dari unit protokol istana dan pegawai2 JPN. Jenuh la kami berlakon. Mari kita tengok apa yang kami buat... 

Tuanku dijangka merasmi bilik guru baru, guru2 sedang berbincang untuk menghias pintu utama

pelajar banyak menolong

touch up stesen pembelajaran geografi


Tuan Pengetua memantau persiapan

langsir bilik pengantin... caya la ustazah

pegawai istana 

tunggu pengantin...

wayar mana satu ni,,, pening2




Bilik air Diraja



bersih  ye acik...

Ini hanya sebahagian, banyak tempat lagi tak dapat cover, insyaallah akan diupdate dengan gambar2 yang lebih menarik pada hari kejadian Isnin ini. Doakan semua akan berjalan lancar..

No comments: