Nufnang Ads

Friday, March 8, 2013

My beautiful school

Hari ini seluruh sekolah negeri Perlis diwajibkan buat program gotong royong my beautiful school. Jadi, cikgu2 bekerja 6 hari la minggu ni. Tujuannya untuk membersih dan mencantikkan sekolah. Program ini seolah2 serampang 2 mata untuk warga SMKDJH. Kami semua boleh menyambung membuat persiapan menyambut Raja nanti.

 Lagi satu, SMKDJH juga akan menjadi tuan rumah kejohanan bola jaring MSSPs 2013 bermula hari Isnin ini berlarutan hingga Jumaat. Sibuk2... pagi sambut Raja, petang kejohanan bola jaring pula... Sapa kata cikgu kerja sekerat hari?

Tak apa lah, kami semua menurut perintah...kalau tak mau buat, tak payah jadi cikgu...

bersedia nak kutip sampah

cikgu yang beria2

pelajar juga rajin...

ada yang jadi mandur je...


sapu jangan tak sapu


berat la cikgu.... 



 hampir sempurna

lap pasu bunga pun kerja cikgu..

persiapan kejohanan bola jaring MSSPs



baru nak gantung carta organisasi

sempat juga buat latihan terakhir

banner apa ntah

cikgu trim pokok

cikgu menyapu



tak siap2 lagi



dewan makan Diraja

laluan DiRaja

No comments: