Nufnang Ads

Tuesday, March 5, 2013

Celik IT bersama MMU @ SMKDJH

Minggu ini SMKDJH jadi tuan rumah program celik IT bersama MMU selama 3 hari dari 1-3 Mac 2013. Program ini bertujuan membantu pelajar menguasai kemahiran komputer selaras dengan saranan kerajaan melahirkan generasi celik IT. Seramai 40 orang pelajar dari SMKDJH serta 60 orang pelajar dari sekolah2 berhampiran.Semua perbelanjaan makan minum peserta, kos operasi  serta peralatan ditanggung oleh MMU.Kami pula menyediakan penginapan dan makmal komputer. 

Nampaknya para pelajar begitu berminat dengan aktiviti2 yang telah dijalankan oleh students MMU ini. Saya rasa slot yang paling diminati pelajar ialah pendedahan kepada perisian photoshop. Mereka dapat mencuba dan explore sendiri dan berjaya menghasilkan projek yang menarik pada akhir program.

Sekalung tahniah kepada mereka dan ribuan terima kasih kerana memilih sekolah kami sebagai tuan rumah. Diharap dengan kehadiran students MMU ini akan dapat menyuntik semangat pelajar luar bandar ini supaya lebih mencintai ilmu.













Anik (SMKDJH) - peserta terbaik keseluruhan
tahniah!





  • gambar2 dari student mmu


No comments: