2-4 mei 2013, petugas PRU 13 bagi P001 Padang Besar telah berkampung di MRSM Beseri bagi tujuan membuat persiapan akhir menjelang hari pengundian nanti.
Hari pertama kami diberi taklimat keselamatan oleh KP Perlis. Kami diperkenal dengan pegawai2 polis yang bertugas dan juga yg akan mengiringi KTM untuk membawa kotak undi ke pusat pengundian.
Hari kedua, kami diberi peralatan yang akan digunakan semasa hari mengundi. Kalau tak silap 77 item kesemuanya. Setiap satu perlu di check dengan teliti agar tidak ada yang tercicir nanti.
Hari ketiga barulah dibekalkan dengan kotak undi, dakwat dan daftar pemilih serta kertas undi. Untuk check saja Semua barang2 ini tidak boleh dibawa keluar dari DewanTuanku Syed Putra MRSM Beseri sehingga pagi hari pengundian. Itupun dengan escot pihak polis. Kawasan ini diberi kawalan ketat oleh pihak berwajib. Hanya individu yang mempunyai pas sahaja dibenarkan masuk. Orang ramai tidak perlu risau akan berlaku kebocoran kertas undi mahupun dakwat kekal tu..
Hari ini juga kami ke pusat pengundian untuk menyiapkan bilik. Susun kerusi meja, tampal poster, lekat tunjuk arah dan macam2 lagi la...
95% petugas adalah guru2 manakala pengurus pilihanraya adalah pengarah JPN Perlis. Macam2 cikgu kena buat.... Rasanya kalau guru2 seluruh Malaysia ni, tarik diri, saya percaya lumpuh PRU ini...(tak mungkin terjadi)
Kami bertungkus lumus bertugas demi memastikan semuanya berjalan lancar, jadi kepada masyarakat luar fahamilah jika guru2 merungut dengan beban tugas mereka.. Tak payah la nak komplen sangatttt. Meh kita bertugas jika nak tau susah payah untuk menyiapkan semua ini. Orang luar hanya tahu, semua benda dah siap, tunggu nak pangkah je...
Sepanjang 3 hari ini kami disediakan makan minum. Tapi yang sedihnya, makanan asyik tak cukup je... Kalau terlambat, tinggal kuah le... Sedihh... Mungkin caterer ni nak cepat kaya kut...( saya percaya SPR menyediakan bajet yg cukup), yang jadi mangsa para petugas. Tempat makan pun tak sesuai langsung, kerusi tak cukup. Bertenggek kami kat tepi2 longkang. Pilu....
Walau bagaimanapun, semua ini tidak menjadi kudis kepada kami untuk bertugas penuh dedikasi... Jumpa esok...
* gambar2 tidak diupload untuk mengelak dijadikan isu...
No comments:
Post a Comment