Nufnang Ads

Thursday, May 16, 2013

Hari Guru 2013

Hari ini SMKDJH telah menyambut hari guru dengan cara kami. Dimulakan dengan perarakan guru2 masuk ke DSJ sambil ditabur bunga rampai.. perasan pengantin sat...Acara dimulakan dengan gimik hari guru..Juruacara menjemput PK untuk menerima kek, lalu beberapa pelajar membawa sekotak kek ke hadapan, Tiba2.... pelajar yang bawa kek tu tersungkur, kotak kek jatuh ke lantai.... terkejut kami, masing2 menjerit, tergamam seketika, sepi DSJ... apakah petanda... adakah benda buruk akan berlaku ?

Seketika kemudian, juruacara meminta warga DSJ bertenang dan relax... rupa2nya gimik je.... wah! menjadi le...hebat juga idea depa ni...kemudian sebiji kek turun dari atas, betul2 di atas kepala guru2...dikuti belon2 berterbangan dan bunyi mercun..meriah..

Selepas itu, sukaneka dan permainan antara pelajar dan guru. Akhir sekali diadakan pula persembahan. Ramai guru sangat sporting. Rupa2nya  cikgu2 ini sangat berbakat..Otai masih berbisa..

Jauh di sudut hati, saya masih merindui sambutan hari guru semasa mengajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu, anak2 kecil ini sangat menghargai guru berbanding pelajar sekolah menengah.. guru adalah segalanya bagi mereka. Di manakah mereka sekarang?  Saya tahu ramai yang telah berjaya dalam bidang masing2...

Terima kasih dan tahniah kepada pelajar tingkatan 6 rendah dan badan pengawas yang mengendalikan majlis pada hari ini dengan jayanya. 

Well done..
Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda






kek dan cenderamata dari Bank Rakyat... mentang2 cikgu2 ni banyak buat pinjaman..

pelajar2 yang disayangi, terima kasih  bagi hadiah...






kek turun dari langit


lagu wajib : Guru Malaysia

dapat bunga you...


semakin jauh semakin sayang









gaya je lebih...


terima kasih cikgu!

guru yang paling popular

gaya PK

mau gaduh ke?


Cikgu Azahar, rindu bayangan

 Cikgu Azli, lagu 60an

Cikgu Surina, Ombak rindu

kaunselor, rendang tak berbuah


penuh perasaan



No comments: