Nufnang Ads

Wednesday, May 29, 2013

Lawatan Ke Istana Arau

Sempena Hari Keputeraan DYTM Raja Perlis yang ke 70, Istana Arau dibuka kepada rakyat jelata untuk melawat dan melihat sendiri kawasan istana. Istana ini hanya dibuka pada pukul 9-11 malam selama 2 hari sahaja. Sebagai rakyat bukan senang untuk kita masuk ke kawasan istana jika tidak ada sebarang majlis atau keramaian. Untuk itu, perkarangan istana telah dihias cantik dengan lampu warna-warni serta pelbagai variasi seolah2 berada di i-city Shah Alam. Sebagai rakyat Perlis yang jauh hendak ke i-city, peluang ini tidak mungkin dilepaskan. begitu juga kami. Cantik sangat! seolah-olah berada di kayangan.. Perlis Indera Kayangan kann. 

Sayangnya, pada malam itu, hujan turun renyai2... susah nak ambik gambar.. satu tangan pegang payung, satu lagi pegang kamera... tak banyak gambar dapat diambil kecuali dengan hp..

Pada malam tersebut juga, ada persembahan kebudayaan oleh pelajar2 UNIMAP. Selain itu, ada cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah... kami tak bertuah punnn...







No comments: