Saya sudah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi berdaftar. hari ini saya telah pangkah calon pilihan saya. Siapa? Parti mana? rahsia la... mengapa saya mengundi awal? Jawapanya, kerana saya adalah petugas SPR untuk PRU 13 nanti. Jadi saya mengundi secara pos supaya tugas2 pada hari tersebut tidak akan terjejas.
Bagaimana untuk menjadi pengundi pos? Kita kena isi borang memohon undi pos, lepas itu kertas undi akan dihantar ke alamat kita melalui surat berdaftar. malangnya masa posmen datang saya bekerja, posmen tidak akan menyerahkan kertas undi selain kepada penerimanya. Jadi, saya terpaksa memungut sendiri surat saya di pejabat pos.
Dalam surat itu, ada dua sampul surat kecil yang mengandungi kertas undi DUN dan PARLIMEN. Lepas itu, bolehlah pangkah ikut pilihan anda. Di samping itu ada dua borang pengesahan mengatakan kita adalah pengundi sah , kita kena isi dan minta tandatangan seorang saksi (sapa2 boleh). Dah siap, isi balik dalam sampul dan poslah ke alamat yang telah siap ditulis disampul.
Harap2 undi saya selamat sampai dan boleh membantu calon saya untuk MENANG.
Pengalaman ini sungguh bererti, kerana saya pasti tidak semua orang dapat pengalaman ini...
beza pengundi pos dengan pengundi biasa - pengundi pos tidak perlu dicalit jari dengan dakwat tetapi pengundi biasa tidak akan dibenarkan mengundi selagi jari telunjuk kiri tidak dicalit dakwat...
SELAMAT MENGUNDI
pink untuk negeri, putih untuk parlimen
kertas undi
No comments:
Post a Comment