doktor gigi : maaf cikgu saya nak check gigi pelajar.
Saya: silakan doktor ( dalam hati tertanya2 mengapa check gigi dalam kelas? kan ada klinik...)
Nurse pun memanggil nama 2 orang pelajar perempuan. Doktor segera mendapatkan pelajar tersebut dan terus memeriksa giginya. Sambil memeriksa doktor mengomel kepada pelajar itu, kenapa tidak pergi klinik untuk periksa gigi. macam2 alasan la diberi pelajar tu..
habis pelajar pertama, doktor memanggil pelajar kedua. aish dah hilang... aku ternampak kelibat pelajar keluar ikut pintu belakang secara senyap2. Doktor segera mengejar pelajar itu sampai ke hujung bangunan. Terus dia minta pelajar itu nganga mulut dan periksa di situ juga... Rupa-rupanya ini kes pelajar takut. Setiap kali dipanggil ke klinik, mereka akan menyorok. Akhirnya doktor yang dedikasi ini ambil inisiatif masuk ke kelas, itupun masih ada yang cuba lari. macam-macam la depa ni....
Ingatkan cikgu aje yang pening dengan karenah pelajar smkdjh ni, doktor gigi pun sama.. tahniah doktor kerana sanggup ligan depa ni... teruskan doc!
Herannya, depa ni bukan budak ting 1 atau 2, tapi dah tingkatan 4 pun masih takut...patutnya dah boleh fikir buruk baiknya jumpa doktor. ini tidak, boleh main aci ligan pula dengan doktor. kiranya hari ini ops check gigi la. Syabas doktor muda yang penyabar! macam-macam cabaran dalam bekerja ..
No comments:
Post a Comment