Panggilan dari unit ICT JPN Perlis pada hari pertama permulaan semester membawa perkhabaran yang tidak pernah disangka2.
Pegawai JPN : Ini Pn. Zaharah ke? webmaster SMKDJH?
Saya : Ya saya, ada apa Puan?
Pegawai JPN : Laman web sekolah cikgu telah mendapat JOHAN kategori sekolah menengah peringkat
negeri Perlis.
Saya : Are you sure? (pandai pula tukar bahasa)
Pegawai JPN : Ya cikgu, sijil pun dah ada ni.. cikgu diminta hadir ke perhimpunan bulanan di SMKD untuk
terima anugerah pada 13 Jun 2012 jam 8.00 pagi. Cikgu boleh datang?
Saya : Ya, insyallah saya datang (walaupun masih kurang percaya berita yang diterima)
happy tak terkira, dalam pada itu terlintas juga dalam fikiran adakah mungkin mereka tersilap kerana tiada surat rasmi, cuma panggilan telefon.
tertanya-tanya juga siapalah panel penilai yang memilih laman web aku, layak ka menang JOHAN pulak tu. rabun kut depa ni. aduh susahnya nak percaya! . anggaplah ini rezeki . syukur..tak sia-sia aku bekerja keras dan bersengkang mata.
kelmarin, sekali lagi panggilan dari JPN diterima. webmaster tidak payah pergi pengetua akan menerima anugerah itu hari ini. aduh! lembu punya susu, sapi dapat nama... dan tadi pengetua dah bawa balik sijil yang diterima. barulah aku percaya bahawa ianya benar belaka!
(kononnya, webmaster akan terima pada hari guru peringkat negeri nanti, entah la...)
"KESUNGGUHAN MENGATASI KEPANDAIAN"
Nak tengok laman web rasmi sekolah saya? klik di sini
# kakak, laman web ini yang menang bukan blog..
No comments:
Post a Comment