Nufnang Ads

Monday, June 18, 2012

Hari tanpa berbelanja

Hari tanpa plastik, biasa... hari tanpa rokok pun biasa juga kan. Pernah ke dengar hari tanpa berbelanja? tak pernah kan? boleh ke hidup tanpa berbelanja... tapi still boleh makan sedap dan jalan2 dengan happynyer.

16 Jun lepas adalah hari tanpa berbelanja saya. satu sen pun tak mengalir dari dompet nine west saya. Bermula 9.50 malam 15 Jun kami bertolak ke kuantan untuk ke majlis perkahwinan Siti (anak sedara) dengan bas yang dicarter  sepenuhnya oleh abang. 40 orang termasuk abang, kakak, sepupu sepapat, ipar duai, anak sedara, cucu sedara dan juga jiran tetangga. siap disediakan bekal oleh SIL dengan bihun goreng, nasi goreng (kak Yah) , cucur jagung (Na) , cucur cempedak (kak Ma) , aneka jajan serta berbotol2 air mineral. sepanjang perjalanan selama 12 jam kami hanya singgah untuk ke tandas dan sembahyang sahaja. masing2 kekenyangan! Perjalanan yang panjang amat meletihkan. tapi, oleh kerana rombongan ini terdiri dari sanak sedara, riuh rendah. ada yang tak tidur langsung, asyik bergosip je. bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Sampai di kuantan jam 9.00 pagi keesokan. terus ke rumah Yati ( sedara yang tinggal disana). Yati sudah menyiapkan breakfast yang teramat sedap. semua dibuat sendiri ( yati berniaga kecil-kecilan) ada nasi lemak, pulut inti, kuih kaswi, bihun goreng, karipap dan entah apa2 kuih lagi. terima kasih yati dan suami. hanya tuhan yang dapat membalas kebaikan anda berdua.





terbaikk...
Singgah sebentar di homestay , manakala saya sekeluarga dan anak sedara dari KL ke homestay Fa Fau (Farah Fauzana punya ke?) yang disediakan oleh pengantin lelaki . Besar, cantik dan sangat selesa. terima kasih...



  rombongan Mak Teh....


hantaran


Amir pun kena pegang...



kek yang cantik
Jam 1.30 tengah hari kami ke rumah pengantin lelaki. Pertama kali makan kenduri kat Kuantan. tak banyak beza dengan tempat kita. Selepas selesai majlis persandingan, kami bertolak pula ke KL, ke rumah anak sedara yang baru duduk rumah baru. Sampai KL sekitar 8.30 malam. makanan dah siap terhidang. ada nasi ayam, kuih2  dan paling best satay kajang. Sedapnya! Terima kasih Fizoh dan Taja. Rumah hampa cantik la, maklumlah rumah baru...

Dek kerana keletihan yang amat sangat semangat untuk mengambil gambar hancuss.. hanya beberapa keping aje yang mampu disnap..

Dari Bangi terus balik, Fizoh siap bungkus bekal untuk kami..tak kasi can nak membeli..


selamat pengantin baru

semoga kekal bahagia



Selamat sampai rumah jam 5.30 pagi tanpa berbelanja tapi sangat happy! kalau tiap2 hari macam ni, makcik kayo weh!

No comments: