Harum Manis merupakan buah trade mark bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Musim mempelam adalah antara bulan April dan Mei setiap tahun. sekarang le...
kepada orang luar perlis mungkin menganggap semua mempelam lebih kurang sama aje. Anda salah! jangan tertipu. pada masa sekarang terdapat ramai penjual mempelam di sepanjang highway Changloon- Kuala Perlis. Selain harum manis, mempelam sala sangat banyak di sini. Perhatikan betul2 apabila hendak membeli. Harum manis bentuknya tidak bujur sangat (agak2 bulat sikit), lebih lawa , kulitnya lebih licin dan rasanya sangat sedap. Lazimnya dijual antara RM 15.00 dan ke atas perkilo.
manakala pelam sala, bentuk agak bujur memanjang, baunya kurang harum. harganya antara RM0.80- 1.40 perkilo sahaja. Lazimnya sala dibuat jeruk atau dicicah dengan garam belacan.
Jangan percaya jika harum manis ditawarkan harga kurang RM10.00. kawan baik jual pun RM14.00. Diharap pelancong yang datang ke Perlis tidak mudah tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab ( khabarnya ramai dah yang terkena, kesian...).
sala - lebih bujur, warna kehijauan walaupun dah masak |
harum manis- ini tak ada gred kut ( sbb percuma). kalau gred A, kulitnya licin dan berwarna kekuningan |
No comments:
Post a Comment