Nufnang Ads

Monday, July 2, 2012

Kuah Rojak SMKDJH

hanya timun dan sengkuang jer..


kuah rojak special..

Dua minggu lepas SMKDJH telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan memasak anjuran nestle. pelbagai resepi menarik dicipta oleh guru2 ERT berasaskan produk nestle dan maggi. Pandai sungguh cikgu2 ERT ni latih pelajar2nya hinggakan berjaya memasak resepi yang bukan saja sedap tetapi sangat menarik gaya persembahannya. Tahniah!

Salah satu resepi yang dicipta itu sangat menarik minatku untuk mencuba. tambahan lagi kerana ia mudah, ringkas dan sedap. Aku nak yang ringkas2 je.. cepat boleh makan...inilah resepi kuah rojak yang diolah oleh cikgu Zurina. terima kasih Ina. 

Insyaallah tak bersin punya makan kuah ni, sebab tak masuk sebarang belacan atau otak udang.. bersih..


Bahan A:
1/4 cawan sos cili  thai maggi
1/4 cawan sos cili maggi
1/4 kicap manis cap udang (merah)
50g gula merah
sedikit air

Bahan B:
10g kacang tanah yang ditumbuk
10g bijan goreng

Cara:
1.  Campur semua bahan A.
2.  Masak sehingga kuah agak pekat ( kuah akan lebih pekat bila sejuk)
3.  Hidangkan bersama buah-buahan pilihan anda.

* kalau nak lebih banyak gandakan kuantiti, rationya semua sos dan kicap dalam kuantiti yang sama.

Sedap! cubalah...


1 comment:

Anonymous said...

Rojak premium rip ada dijual di sebelah the store. sila cuba. 90% sedap. menjilat jari. :)