Nufnang Ads

Monday, January 16, 2012

TINGGI2 SI MATAHARI

Sabtu lepas kami berpeluang menonton teater Tinggi-tinggi Si Matahari di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis. Teater ini dipersembahkan oleh Produksi Pentas Digma, UiTM Perlis. Difahamkan teater ini telah memenangi 7 anugerah pekan teater Uitm Perlis 2011.Masuk percuma!

Teater ini mengisahkan tentang Moid yang baru seminggu mendirikan rumahtangga bersama kekasih tercintanya Murni. Walaubagaimanapun mereka menghadapi krisis yang menyebabkan Moid menjadi tidak tentu arah. Baru seminggu menikah, sudah hendak bercerai. Hal ini disebabkan salah faham yang tidak disengajakan. Murni sengaja menjauhkan diri daripadanya. Keadaan menjadi kucar-kacir apabila ibu bapa Moid mula masuk campur..









crew dan pelakon

Bagus! Para pelakon dapat menghayati setiap watak dengan baik. Tahniah dan syabas kepada pelajar Uitm yang terlibat. Satu hasil seni yang harus diberi pujian. Harap mereka akan terus cemerlang..

3 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Salam kenal. Rasanya last nonton teater masa kat uni 12 tahun dulu.

Cheq Sue said...

salam kak zaharah, tq ke blog saya tadi.

untuk watermark saya tu, saya just guan photoshop biasa je CS2, manakala untuk edit2 gambar tu saya ejas guna photoscape. x berapa pandai jugak sebenarnya, buat dengan bantuan kawan2...

akak cikgu ya? sama kapal la kita... :)

zaharah said...

salam, terima kasih kerana baca blog akak..