Sebagai cikgu kemana pun pergi pasti sekolah mencuri tumpuan. Oleh itu semasa melawat Selatan Thailand baru2 ini sekolah di sana amat maenarik minatku. Kebetulan pulak sekolah itu bersebelahan dengan rumah sepupu dan juga seorang lagi sepupu menjadi cikgu di situ. Tak pasti pula nama sekolah ini kerana ditulis Siam. Tak faham...Ini sekolah rendah dan menengah sekali.
Sekolah di sini bermula 9.00 pagi dan tamat jam 4.30 petang. Yang menariknya, mereka tidak dikenakan yuran malah makan tengah hari disediakan untuk semua murid tidak kira miskin atau kaya. Begitu juga uniform dan buku2. Semuanya dibantu kecualilah jika hendak yang lebih mahal atau berjenama kena beli la sendiri.
|
jalan utama sekolah.. |
|
gambar dari luar pagar sekolah |
|
rasanya ini pelajar prasekolah, kebetulan time ini waktu tidur mereka.. sekitar jam 3.30 ptg |
|
sejurus bangun tidur, kena berus gigi sebelum pulang ... |
|
mereka amat berdisiplin walaupun tiada guru memantau... |
|
berus gigi tepi longkang |
|
pemandangan bahagian depan sekolah |
|
uniform mereka hampir sama dengan kita... kebanyakan pelajar di sini beragama Islam |
Dari segi kemudahan, sekolah Malaysia jauh lebih baik. segala kelengkapan canggih disediakan, tapi di sini hanya kemudahan asas sahaja yang ada. jalan pun tidak berturap, jauh sekali aspek keceriaan dan kebersihan. Parking kereta guru hanya beratapkan zink buruk, mungkin guru itu buat sendiri.
Ingin sekali berbual dengan guru2 di situ, sayangnya mereka tidak faham bahasa melayu, jauh sekali bahasa Inggeris. Malas pulak nak ganggu sepupu yang tengah mengajar...
sekolah di sana tidak perlu pak guard, orang luar bebas keluar masuk kawasan sekolah. mungkin di sana tidak ada kes jenayah melibatkan budak sekolah kut....
No comments:
Post a Comment