Pie maker telah digunakan dgn rasminya hari ini. Angah & along buat pie ayam. Intinya macam inti karipap. Kulit pula beli kat tesco yang dah siap. Mudah dan cepat.. Mai tengok hasil percubaan pertama..
Nufnang Ads
Thursday, November 28, 2013
Monday, November 25, 2013
Ole2 dari Perth - Pie maker
Ole2 pemberian anak gadis saya yang baru pulang dari Perth. Terima kasih along! Dah lama mengidam nak pie maker ni.
Nampaknya bertambah lagi koleksi gajet dapur saya. Ni lah penangan selalu sangat baca blog masak2. Terikut2 jadinya...bila nak rasmi? Kena google resepi dulu...nanti kita tayang hasilnya..
Tuesday, November 19, 2013
Sofa untuk dijual..
Ada ke sesiapa yang teringin nak tukar sofa? Saya nak jual... 3+1+1+ meja kopi. sengkek sangat ke sampai nak jual sofa.. idak le.. saya nak clearkan ruangan ni. Nak lebih lapang, ada plan baru..
Condition sofa masih A, masih cantik, tidak terjejas pun kat mana2. Sebabnya ruang ini kami jarang guna. Sebagai pameran je sofa ni. Baru lagi saya beli..saiznya yang agak besar menyebabkan ruang ini sesak, sebab tulah saya nak jual.
Bentuknya sangat cantik, ada curve, duduk pun selesa dan warnanya kelabu senang nak match dengan perabot2 lain. Paling saya suka adalah meja kopinya yang unik, dua tingkat dan curve di tengah-tengah . kakinya beroda, senang nak ubah ke mana2.
Harga???? nanti dulu... kalau minat nak beli saya tak sediakan pengangkutan ye.... Kena ambil sendiri. di jamin harganya berpatutan..tak rugi beli. Bawah RM1000. masih boleh dirunding...
Sesiapa yang berminat boleh email ke zaharah60378@yahoo.com atau tel 012 4767331
lokasi rumah saya di Kuala Nerang, Kedah. Rasanya sesuai untuk orang Kedah dan Perlis, tak dak hal kalau orang luar jika berminat..
3 seater
single
meja kaca yang cantik
kaki beroda..
Wednesday, November 13, 2013
Sibongsu telah membuktikan..
Sudah lama tidak update blog ini, alasannya sibukk.. hujung2 tahun gini biasalah cikgu2 semua sibuk, marking paper, isi markah, PBS, SAPS, kemaskini fail dan entah mcm2 lagi..
Tapi hari ini, rasa lega yang teramat sangat, bahagianya seorang ibu apabila anak yang sangat dimanjakan telah membuktikan kebolehan dan keupayaannya. Amir telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepadaMU yang Allah atas rezeki ini.
Kejayaan yang dicipta ini bukan mudah, ia adalah hasil usaha gigih guru2, kerja keras para pelajar, doa ibu bapa serta mendapat keizinan daripadaNya.
Terima kasih tidak terhingga kepada guru2 SK Oran, terutama guru2 Tahun 6 yang berusaha tanpa mengenal erti penat bagi memastikan kejayaan pelajar2 mereka. Kelas tambahan diadakan petang, malam dan juga pada hari minggu, malahan cuti umum pun kelas tambahan tetap 'on'. Kagum sangat dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru2 SKO. Kadang kala terfikir, tak penat ka cikgu2 ni...
Tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK Oran yang sentiasa turun padang bagi memastikan setiap aktiviti berjalan lancar. Terima kasih cikgu!
Tahniah Amir!, walaupun anak bongsu dia tetap fokus untuk membuktikan dia juga cemerlang seperti kakak2 dan abangnya...Alhamdulillah.
Tahniah juga kepada 7 pelajar lain yang mencipta kecemerlangan seterusnya menjadi kebanggaan SKO.
Kepada ibubapa dan para pelajar yang kurang berjaya, harap jangan berputus asa, teruskan usaha kerana ini hanya permulaan, bukan penamat kepada kejayaan.
kebanggaan SKO
jiran prihatin, dia tumpang gembira atas kejayaan Amir
menangis teresak2, mungkin dia tidak sangka..
bersama rakan yang juga 5A...
Friday, October 25, 2013
Indahnya di kampung
Sudah menjadi rutin hari cuti, saya akan berbasikal mengelilingi kampung kononnya untuk excercise. Tapi tak kurus2 pun. Selain bersenam, saya suka sekali menikmati pemandangan di sepanjang jalan, lebih2 lagi diawal pagi. Saya ikut jalan bendang kerana tak sibuk dengan kenderaan. Kehijauan anak padi yang mula subur memukau pandangan.
Di samping itu, kelihatan bangau2 sedang mencari makanan di celahan anak padi, mungkin anak2 ikan. Bangau ini selalu dalam kumpulan, putih dan hitam. Sayangnya ia akan terbang jika kita mendekatinya..
Monday, October 7, 2013
Cili api siput sedut & nenas
Sejak bulan puasa lepas si bongsu minta masak lemak cili api siput sedut, tapi tiap kali ke nat atau market tak ada pula sisiput ni. Agaknya ada musim2 tertentu saja siput ini muncul.
Hari minggu lepas, ada pula siput ni di nat pokok getah. RM8 sekilo. Saya hanya beli setengah kilo je..Seperti biasa saya akan masak ikut resepi sendiri walaupun sibongsu siap buka buku 1hari 1resepi karya chef Hanieliza.
Resepi saya sama dengan masak lemak cili api ketam dengan nenas. Resepi kat SINI. Siap masak, masuk dalam tupperware untuk berkelah di SMSTSP. Hampir setiap minggu kami berkelah di sana kerana menjengok anak ketiga yang sedang bertungkus lumus study untuk menghadapi SPM tahun ini.
Sejak lebih 10 tahun lalu, inilah rutin kami setiap minggu. Dulu si sulung juga belajar di sini, diikuti oleh angah di MRSM Beseri, kemudian yang ketiga pula di sini. Entah2 tahun depan si bongsu pula tinggal di asrama. bersambung lagi rutin kami berkelah di padang sekolah setiap minggu.
RM10 beli kat nat pokok getah...
Monday, September 30, 2013
Belimbing buluh... puas hati
Setelah sekian lama, akhirnya pokok belimbing buluh ini telah lebat berbuah. Itu pun setelah puas bercakap dan memujuk, barulah ia mula berbuah...buah sulong dulu hanya beberapa biji, tapi sekarang hambek kau, tak habis makan, puas hati. Rezeki juga untuk rakan tetangga. Alhamdulillah..
inilah hasilnya...
pokok rendah, mudah nak petik hasil
lebat...
buahnya besar2 dan segar..
Subscribe to:
Posts (Atom)