Nufnang Ads

Monday, May 25, 2015

CH

On the way nak Perlis selepas pick up Adam, kami sempat singgah kat CH pulak. Entahlah.. bagaikan ada magic apabila nampak signboard ke CH rasa macam terpanggil2 untuk singgah.

Kami cuma melawat ke ladang teh Boh Sungai Palas. Jalan masuk ke ladang ini agak scary. Sempit, bengkang bengkok dan bergaung lagi. Tapi Adam berjaya memandu dengan selamat pergi dan balik. Kalaulah ayahnya yang memandu tentu muka masam mencuka dah... 

Ladang ini dibuka dari jam 8.30 - 4.30 petang. Tutup hari Selasa.
Pemandangannya cantik, nyaman dan dingin sekali. Selepas minum teh kami bertolak mencari hotel untuk bermalam. 

Kami menginap di Hotel Jasmine kat Brinchang. Oleh kerana kami pergi pada hari Ahad banyak hotel yang kosong dan harga pun murah. Ada hotel yang diskaun 50%.

 Malangnya pada hari itu tidak ada pasar malam kat Brinchang. Pasar malam hanya ada pada hujung minggu pada hari biasa dan tiap2 malam pada cuti sekolah.







No comments: