Nufnang Ads

Friday, July 12, 2013

D-Code Camp 7 @ Penang

SMKDJH dan 5 buah sekolah  zon Utara  telah menyertai D-Code Camp atau Coding Camp di Bayview Hotel, Georgtown, Penang bermula 26-30 Jun yang lalu. Sekolah2 tersebut ialah SMK High School, Bukit Mertajam, SMK Convent Alor Star, SMK Sg Layar Sg.Petani, SMK Gunung Rapat, Ipoh, SMK Convent Trancisian, Ipoh dan SMKDH, Perlis. Oii.. gerun tengok sekolah2 lain, semuanya sekolah yang tersohor termasuklah ada yang bergelar sekolah kluster. Kamilah satu2 sekolah yang mewakili negeri Perlis dan 'tidak ada nama' pulak tu...

Semua perbelanjaan ditanggung oleh StartupMalaysia.org termasuk pengangkutan dan makan minum sepanjang perjalanan. Bas datang ambil kami seawal 7.45 pagi untuk ke Penang. Bas besar tu hanya bawa kami 11 orang je... siap boleh main aci ligan dalam bas. Seronok sungguh budak2 tu..Sampai di Penang kami singgah ambil pelajar High School BM.

Semasa pendaftaran, kami diberi beg yang berisi 3 helai Tshirt untuk dipakai sepanjang camp, pendrive 4G, alat tulis dan buku nota. Selesai je pendaftaran para pelajar terus je diberi makan di restoran hotel. Makan 6 kali sehari. Sampai nak muntah tengok makanan hotel ni selama 5 hari. Sedap tapi cepat jemu...dasar orang kampung..

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 5 hari itu. semuanya best. Pelajar2 diajar coding menggunakan  HTML, Phyton, Ruby, CSS dan Javascript. Mereka kena buat personal website dan membentang idea generation untuk projek selepas camp.

Walaupun pelajar saya bukan aliran IT tetapi mereka telah menunjukkan kesungguhan dan minat yang sangat tinggi, berdisiplin dan mampu bersaing dengan rakan2 yang lain.. sebagai guru pengiring saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Walaupun kami adalah sekolah luar bandar tetapi Ikmal telah diangkat sebagai potential Coder manakala As sebagai Indipendent Coder. Tidaklah kami pulang dengan tangan kosong...

10 orang je dalam bas besar ni..

pemenang team building

Tahniah Ikmal dan As... kamu membanggakan cikgu..

Show untuk dinner...aci2 buka pintu

explore race

hospital...Irwan terpaksa ke hospital kerana sakit dada. nasib baik tidak ada apa2...
Risau sungguh saya...

tekun..
laptop disediakan sorang satu..

fasi yang sangat friendly

main godek2..


presentation by Ikmal...
bila present dia dah tak tau cakap Melayu... bantai orang putih semua..


view dari level 7

bersungguh2...



aktiviti team building

abang Syah ..camp leader..

SMKDJH boleh!






bersama pengarah projek dan camp leader..

Dinner... tema jersey

terima kasih fasi..
fasi berbaju hitam, kami warna warni..


Happy dah habis..

Thursday, July 11, 2013

5H 4M di Bayview Hotel, Georgtown, Penang

 5H 4M saya bersama 10 orang pelajar berkampung di Bayview Hotel Georgtown, Pulau Pinang kerana menghadiri Coding Camp anjuran StartupMalaysia.org. Hotel ini bertaraf 4 stars, terletak berdekatan dengan Padang Kota, dekat juga dengan Penang Road bersebelahan pula dengan Cititel Hotel. Hotel ini menawarkan 333 bilik yang baru diubahsuai. View pun cantik, boleh nampak laut yang membiru dari tingkat atas.

Makanan pun best, macam-macam ada... berjenis2 lauk-pauk, aneka dessert, aiskrim, buah2an,  bihun/mee sup, sekali sekala ada juga Japanese food dan banyak lagi....

Swimming pool kecik je tapi dalam..tak sempat pun nak swim...

Biliknya bersih dan kemas sekali, siap ada wifi. Saya tak pasti mengenai harga bilik sebab kami duduk percuma je...

Terima kasih kepada StartupMalaysia.org kerana menaja semua keperluan kami semasa berada di sini.... 






















kepada yang berminat untuk datang sini:

25-A Farquhar Street, 
10200 Penang, Malaysia 
Tel: +(604) 263 3161 
Fax: +(604) 263 4124 
General Email: bayviewgeorgetown@bayviewhotels.com 
Reservation Email: reservations.bhgp@bayviewhotels.com 
Website: www.bayviewhotels.com/georgetown

Tuesday, June 25, 2013

Heading to Penang

Pagi ini saya bersama 10 orang pelajar akan ke Bayview Hotel, Penang untuk menghadiri Coding Camp selama 5 hari (26-30 Jun 2013). Apa itu Coding Camp? Tungguuu.... Nanti citer..

nanti kita ambik gambar banyak2

siap ada reben lagi ... 

Rumah Melayu

Pada Sabtu lepas, saya berkesempatan mengunjungi rumah rakan sekerja, cikgu SA. Rumah ini sangat special... (Minta kebenaran ya cikgu SA untuk masuk dalam blog akak... kagum sangat dengan bakat anda!) Di sekolah (tempat kerja saya) kami, ramai dah bercerita tentang rumah  ni.. jadi rasa teruja sangat menebal untuk pergi melihat sendiri..sebelum itu dah ramai yang  telah buat lawatan sambil belajar ke sini..

Memang kagum habisss, penuh dengan ciri2 rumah Melayu. Untuk pengetahuan semua, cikgu SA bina sendiri tau rumah ni... rasa macam tak percaya..sangat berseni, sedangkan cikgu SA ialah cikgu Pendidikan Moral.

Menurut cikgu SA, dia guna kayu terpakai yang berkualiti untuk membina rumah ini, sedikit demi sedikit dia buat, lebih setahun baru siap. sehingga sekarang belum 100% siap seperti yang dikehendaki..

Rumah ini mempunyai 5 bilik, ruang tamu, ruang menonton, beberapa beranda, dapur, ruang membasuh & sidai baju, loteng, Pendek kata semua aktiviti boleh dilakukan di atas rumah tanpa perlu turun ke bawah. Semua dirancang dengan teliti...

Setiap ruang pula dilengkapi dengan perabot kayu yang dibuat sendiri... terror sungguh cikgu SA ni. Kemas dan sangat cantik. Kebanyakan perabot tidak divarnis jauh sekali dicat. dibiarkan dengan warna kayu asli... cantik sangatttt...cikgu SA pun pandai buat gazebo.. 

Rumah ini juga penuh dengan pokok2 bunga yang subur kerana isteri cikgu SA sangat rajin menanam bunga. Setiap sudut ada bunga . Pandai sungguh dia menyusun atur pasu-pasu bunga tu, sesuai je...

Datin Normala Samsudin pun pernah datang sini tau, dia sangat berminat nak buat macam ni...lepas ni kaya la cikgu SA kalau Datin ambik dia buat rumah depa...doa2kan ye...

dari sisi

porch...
pandangan dari depan...

tangga yang cantik... pokok bunga menghijau di kiri kanan

beranda 1

beranda 2... menghadap sawah padi

ruang tamu
beranda 3 ...mengadap hutan keladi

meja... buat sendiri

Rumah ini berkonsep terbuka, banyak pintu dan tingkap berkaca...Nyaman dan sejuk kerana berhampiran dengan sawah padi...angin sepoi2 bertiup keliling rumah


* Bagi menghormati tuan rumah, tidak semua sudut saya ambil gambar, privacy you...
* maaf gambar kurang kualiti, guna hp je.. masa ni dah petang sangat...

Thursday, June 20, 2013

Dah ada nama....

Untukmu TAZA....

tak faham?

tak payah pening2,,,

tak payah fikir pun...

hanya KAMI yang TAHU....

Monday, June 17, 2013

KL vs Perlis

Ini bukan lawan bola ya... ia merujuk kepada majlis pertunangan anak buah suami, Firdaus dan Nadia. Siteruna dari KL manakala sidara pula dari Perlis. Alkisah perkenalan mereka bermula apabila UNIMAP mengadakan program anak angkat. Firdaus antara pesertanya. Dia menjadi anak angkat kepada Encik Halim. Bapa angkat pula mempunyai anak gadis yang cantik jelita, teruslah sijejaka jatuh hati...maka termeterai majlis pertunangan Sabtu lepas. Inilah dinamakan jodoh..

Kata sepakat dicapai, tempoh pertunangan 1 tahun. Insyaallah selepas raya tahun depan gelaran bapa angkat akan bertukar menjadi bapa mentua... Pak Uda & Mak Uda mendoakan kebahagiaan buat Firdaus dan Nadia. Tahniah!


cincin disarung tanda diri telah berpunya..


rombongan sebelah lelaki..

Friday, June 14, 2013

Makan di Kuala Perlis

Malam tadi, sekali lagi kami makan besar di Kuala Perlis. Kali ini bersama Pak Teh dan Mak Teh KL pulak. depa sekeluarga mai Perlis untuk majlis pertunangan anak lelaki kesayangan, Firdaus. Firdaus adalah ex-student UNIMAP sebab tu la sangkut dengan orang Perlis.

Depa nak sangat makan kat Lynda Ikan Bakar, sayangnya malam tadi tutup pulak. So, makan la kat gerai tepi laut tu. Bestt jugak, sedap! tapi tak ingat nama kedai. Macam2 menu diorder, antaranya siakap tiga rasa, ketam sambal, lala masak pedas, sotong goreng tepung, udang kunyit, tomyam dan sayur. semuanya menyelerakan...sukanya tengok depa makan.

Kata Pak Teh, kalau mai Perlis, mesti makan kat sini, sebab kat KL mahal, hampir sekali ganda, betul ke? Untungnya jadi orang Perlis kann... 

***tapi, kami pula teringin nak shopping kat KL, takmo dah Padang Besar....

seleranya Pak Teh..



Mak Teh & Pak Teh