Ini bukan lawan bola ya... ia merujuk kepada majlis pertunangan anak buah suami, Firdaus dan Nadia. Siteruna dari KL manakala sidara pula dari Perlis. Alkisah perkenalan mereka bermula apabila UNIMAP mengadakan program anak angkat. Firdaus antara pesertanya. Dia menjadi anak angkat kepada Encik Halim. Bapa angkat pula mempunyai anak gadis yang cantik jelita, teruslah sijejaka jatuh hati...maka termeterai majlis pertunangan Sabtu lepas. Inilah dinamakan jodoh..
Kata sepakat dicapai, tempoh pertunangan 1 tahun. Insyaallah selepas raya tahun depan gelaran bapa angkat akan bertukar menjadi bapa mentua... Pak Uda & Mak Uda mendoakan kebahagiaan buat Firdaus dan Nadia. Tahniah!
cincin disarung tanda diri telah berpunya..
rombongan sebelah lelaki..
No comments:
Post a Comment