Nufnang Ads

Tuesday, June 25, 2013

Rumah Melayu

Pada Sabtu lepas, saya berkesempatan mengunjungi rumah rakan sekerja, cikgu SA. Rumah ini sangat special... (Minta kebenaran ya cikgu SA untuk masuk dalam blog akak... kagum sangat dengan bakat anda!) Di sekolah (tempat kerja saya) kami, ramai dah bercerita tentang rumah  ni.. jadi rasa teruja sangat menebal untuk pergi melihat sendiri..sebelum itu dah ramai yang  telah buat lawatan sambil belajar ke sini..

Memang kagum habisss, penuh dengan ciri2 rumah Melayu. Untuk pengetahuan semua, cikgu SA bina sendiri tau rumah ni... rasa macam tak percaya..sangat berseni, sedangkan cikgu SA ialah cikgu Pendidikan Moral.

Menurut cikgu SA, dia guna kayu terpakai yang berkualiti untuk membina rumah ini, sedikit demi sedikit dia buat, lebih setahun baru siap. sehingga sekarang belum 100% siap seperti yang dikehendaki..

Rumah ini mempunyai 5 bilik, ruang tamu, ruang menonton, beberapa beranda, dapur, ruang membasuh & sidai baju, loteng, Pendek kata semua aktiviti boleh dilakukan di atas rumah tanpa perlu turun ke bawah. Semua dirancang dengan teliti...

Setiap ruang pula dilengkapi dengan perabot kayu yang dibuat sendiri... terror sungguh cikgu SA ni. Kemas dan sangat cantik. Kebanyakan perabot tidak divarnis jauh sekali dicat. dibiarkan dengan warna kayu asli... cantik sangatttt...cikgu SA pun pandai buat gazebo.. 

Rumah ini juga penuh dengan pokok2 bunga yang subur kerana isteri cikgu SA sangat rajin menanam bunga. Setiap sudut ada bunga . Pandai sungguh dia menyusun atur pasu-pasu bunga tu, sesuai je...

Datin Normala Samsudin pun pernah datang sini tau, dia sangat berminat nak buat macam ni...lepas ni kaya la cikgu SA kalau Datin ambik dia buat rumah depa...doa2kan ye...

dari sisi

porch...
pandangan dari depan...

tangga yang cantik... pokok bunga menghijau di kiri kanan

beranda 1

beranda 2... menghadap sawah padi

ruang tamu
beranda 3 ...mengadap hutan keladi

meja... buat sendiri

Rumah ini berkonsep terbuka, banyak pintu dan tingkap berkaca...Nyaman dan sejuk kerana berhampiran dengan sawah padi...angin sepoi2 bertiup keliling rumah


* Bagi menghormati tuan rumah, tidak semua sudut saya ambil gambar, privacy you...
* maaf gambar kurang kualiti, guna hp je.. masa ni dah petang sangat...

No comments: