Nufnang Ads

Sunday, September 1, 2013

Merdeka Raya

Jumaat lepas SMKDJH telah mengadakan sambutan merdeka raya peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan melepaskan konvoi kemerdekaan bermotosikal yang diketuai oleh cikgu Zack. Konvoi ini disertai oleh guru dan juga pelajar yang mempunyai lesen motosikal sahaja. Mereka melalui jalan batu bertangkup, kilang gula dan terus ke SKLKTP Chuping. Di sana mereka menyerahkan jalur gemilang kepada GB sekolah dengan disaksikan oleh para pelajar.

Selain itu, seorang pelajar berbasikal tua diiringi peserta konvoi menyerahkan jalur gemilang kepada pengetua SMKDJH sebagai simbolik sambutan kemerdekaan ke 56.

Kemudian, acara makan2 pun bermula... makan sampai kenyang. Sambil itu, ada persembahan lagu patriotik, sajak dan juga lagu2 raya...

Pelbagai jenis makanan ada. seperti lemang, ketupat, nasi impit, nasi hujan panas, nasi goreng, laksa, keow goreng panas2, sate yang dibakar secara live, kuih muih dan beraneka jenis minuman. best sangat tahun ini..

Terima kasih kepada BKGK dan KOPERASI SMKDJH yang menaja juadah hari ini dan tidak ketinggalan kepada guru dan pelajar yang membawa kuih raya.


simbolik penyerahan bendera kepada pengetua


Rombongan konvoi kemerdekaan

lagu tema kemerdekaan ke 56

semangat gitu...

koew teow goreng in making





roti jala

boleh makan panas2



pek siap2 takut berebut...alhamdulillah berlebih2

tapai

lemang

nasi hujan panas

aneka kuih muih

sumbangan cikgu... musim buah katakan...

No comments: