Kursus lagi..kali ini sejengkal je dari rumah iaitu di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. Memandangkan pihak penganjur menyediakan penginapan, di hotel pulak tu, saya mengambil keputusan untuk bermalam di sini walaupun boleh je kalau nak berulang alik.
Hotel ini dekat dengan jeti Kuala Perlis. Depannya pula medan ikan bakar. Untuk pelancong luar memang sesuai.. view dari tingkat atas boleh nampak laut yang terbentang luas..
Biliknya ok, variasi makanan agak terhad. Mungkin juga sebab budget kut..Tak pasti pula tentang harga kerana semua fully sponsored...
Address: Kuala Perlis, Perlis, Malaysia
Phone: +60 4-9855900
sumber: BTPN Perlis
No comments:
Post a Comment