Nufnang Ads

Saturday, September 7, 2013

Mission uncomplete..

Hari ini sekali lagi kami ke Wang Kelian. Misi saya mencari kuali besar sebabnya pada hari raya yang lalu saya terpaksa pinjam kuali kakak ipar untuk menggoreng mee. Maklumlah kuali yang ada semuanya kiut miut  muat untuk goreng sebungkus mee je..anak2 perempuan saya dah complain minta dibeli kuali yang lebih besar supaya mudah kerja depa...

Saya memang suka bab membeli belah ni... sebenarnya kami tidak rancang untuk ke sini. Memandang sibongsu ada kelas sampai petang ( pecutan UPSR ), jadi kami mengambil peluang sepenuhnya untuk shopping kat sini. Biasalah kalau bawa Amir, dia cepat bosan, mula la nak tension, pastu tarik muka masam, habis lari mood kita...

Hari ini tak ramai orang, tenang je.. cuaca pun sangat baik. Mungkin sebab baru je raya, budget semua lari, jadi tak ramai yang datang berfoya2 kat Wang Kelian ini. 

Untuk pengetahuan kepada yang tak pernah datang sini, orang ramai bebas keluar masuk pintu sempadan untuk ke Wang kelian tanpa paspot atau border pass pada setiap hari Sabtu dan Ahad, hari lain tak boleh tau...

Saya pun memulakan misi mencari kuali...dengan confiden saya membeli kuali saiz 20 (w/pun saya perasan kuali kakak ipar saiz 18). Saya ambik yang besar sikit le.. mana boleh kalah, manakala suami beria2 mahukan saiz 22 atau 24. Lagi besar lagi bagus katanya. Sebenarnya saya nak yang boleh muat goreng 2 @ 3 bungkus mee je.. tak mau le yang besar sangat. lagipun saya dah ada satu yang agak besar . 

Dah ada kuali, saya beli juga sebiji periuk yang agak besar. Senang nak buat bihun sup atau mee kari.. ye le tu.. Sebab dah selalu sangat  ke sini, minat membeli benda2 lain agak kurang kecuali yang telah diset awal2. Selesai semua kami pun balik dengan senang hati.

Sampai je di rumah, saya terpandang kuali lama yang tergantung cantik kat dapur, aishh macam sama besar je.. cepat2 saya turunkan dan ukur dengan yang baru beli. Sah, sama besar! sia2 misi saya hari ini..jangan2 periuk pun sama besar juga... tak mau tengok lagiiii...















2 comments:

ZalinZalina said...

Dah 2 kali pegi Padang Besar tapi tak singgah lak kat Wang Kelian ni.. baru tahu hari biasa kena ada passpot atau border pass...TQ atas info ni :)

zaharah said...

TQ kerana sudi ke blog sy...