Nufnang Ads

Saturday, August 31, 2013

Buatlah Sesuatu.... jangan menyesal kemudian ..


Sekolah Kebangsaan Chuping yang ditimpa bongkah batu semalam akibat kegiatan kuari dari kawasan berhampiran akan beroperasi seperti biasa Isnin ini, kata Pengarah Pendidikan Perlis, Dun Kasa.
  
Beliau berkata ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang terletak di pinggir Bukit Chuping.
  
Ditanya sama ada sekolah itu perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat, beliau berkata perkara itu tidak berbangkit dan sekolah berkenaan perlu terus beroperasi di lokasi sedia ada.
    
sebahagian petikan berita dari - Bernama
klik pada tajuk untuk berita penuh

Saya rasa terpanggil untuk memberi komen atas kejadian bongkah batu jatuh ke atas bangunan SK Chuping akibat letupan oleh kilang CIMA Jumaat lepas. Pertamanya, kerana saya seorang guru, keduanya kerana saya adalah bekas guru sekolah ini. Sepuluh tahun saya di sini, banyak juga yang saya tahu mengenai sekolah ini walaupun sepuluh tahun jugalah saya meninggalkan SKC ( actually I baru perasan..). Rasa terkejut dan sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar serta guru. Saya doakan mereka cepat sembuh.

Sebenar, sejak dahulu lagi warga SKC sentiasa  dalam kebimbangan akibat letupan ini. Banyak keretakan yang dikesan pada bangunan sekolah. Banyak juga pihak yang telah datang melawat dan mengambil gambar tapi tiada tindakan sepatutnya... kalau ada pun hanya sekadar menampal pada keretakan tersebut. Bolehkah macam tu?... pihak sekolah juga sudah banyak kali memaklumkan kepada pihak2 berkenaan, tapi itu je lah tindakannya..

Pada satu ketika, ada juga ura2 sekolah akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Tapaknya pun dah ada, kira2 1 km dari tapak lama... lepas tu senyap macam tu je...

Untuk pengetahuan semua, sekolah kecil je... tapi ada asrama desa yang telah memenangi beberapa anugerah hingga ke peringkat kebangsaan. Asrama desa ini dihuni oleh pelajar2 yang rumahnya jauh dari sekolah. Kedudukan asrama ini pula betul2 di kaki Bukit Chuping. Jika pihak CIMA hendak mengubah waktu letupan di luar waktu sekolah sekalipun, ia tetap membahayakan kerana pelajar asrama 24 jam berada di kawasan sekolah. Fikir2kan... 

Teguran ikhlas ini saya buat kerana saya tidak mahu kejadian yang tidak diingini akan berlaku kepada pelajar, guru, warden asrama, penyelia asrama, tukang masak, tukang sapu, tukang kebun dan sebagainya...

Jika tiada tindakan sewajarnya, bukanlah sesuatu yang mustahil bangunan sekolah akan runtuh akibat retakan yang telah bertahun2 berlaku... Mohon pihak berwajib melawat, memeriksa, menilai dan mengambil tindakan agar warga SKC serta waris tidak bimbang lagi...


  •  Zaharah Bt. Awang Ahmad · UUM
    Sy pernah mengajar di sek ini dari 1992-2003, pada ketika itu, sudah ada ura2 sek ini akan dipindahkan ke kws yg lebih selamat. Namun hingga kini tiada apa2..yang sedihnya menurut kenyataan di atas, perkara itu ( sek dipindahkan) tidak berbangkit. Untuk pengetahuan semua sejak dahulu, banyak keretakan bangunan berlaku di sek ini akibat letupan tersebuti, jangan sampai bangunan pula runtuh dan ada nyawa yang melayang kerana kawasan letupan dah makin hampir sangat dengan kawasan sekolah. Tambahan pula, bangunan asrama desa dan padang sek berada betul2 di kaki bukit yang diletupkan.... bekas guru SKC

    • Khoiron Noor ·  ·  Pengulas Tertinggi
      Keselamatan anak-anak sangat penting. Sebagai ibubapa kami pasti risau.

      • Raja Mohd Shahrim ·  ·  Pengulas Tertinggi · 4,665 orang pelanggan
        Letupan mengingatkan aku kisah yg terjadi pada tanggal 19 Oktober 2006..diPuncak Alam, Shah Alam..

      No comments: