2 hari lepas adalah wedd anniversary seorang kawan ni (maaf ye akak cerita kat sini).. Mulanya dia sangat happy kerana sisuami berjanji nak bawa makan2 lepas sekolah. Tiba2 suami dia call, cancel pulak sebab ada kerja yang sangat penting, urgent! monyoklah la kawan ni, sedih, seolah2 suaminya tidak menghargai atau mahu merai hari penting mereka... kerja lebih penting dari segalanya..
Dik, akak nak cerita, true story ni... akak tak pernah sekalipun meraikan anniversary sejak kami berkahwin 24 tahun yang lalu. Adik kira oklah, suami masih ingat tarikh kawin.. suami akak tak ingat pun bila kami kawin, kalau nak isi apa2 borang dia akan bertanya, bila kita kawin ye? boleh ke tanya macam tu... nasib baik dia masih ingat harijadi akak ... kalau ikut hati dah 'masak' akak merajuk, tapi untuk apa?
walau bagaimana pun kami tetap bahagia, hidup macam suami isteri yang lain, ada kalanya dilanda ombak dan badai, sekali-sekala tsunami pun ada.. biasa la tu..
bukan bermakna, dia tak ingat tarikh2 penting ini, dia tak sayang kita...fahamilah mereka yang kurang berminat dengan perkara2 remeh ini (remeh ke?)
beruntunglah siisteri yang suaminya sentiasa mengingati tarikh penting mereka, dapat pulak hadiah yang mahal2..akak tak merasalah dik oi...
No comments:
Post a Comment