Nufnang Ads

Thursday, May 31, 2012

PRU 13

Bila agaknya PRU 13? ramai dah pak nujum buat ramalan tentang PRU 13 , ada yang kata cuti sekolah ni, tapi hingga sekarang PM belum bubar parlimen, confirm la bukan cuti ni. cuti pasukan polis dah lama beku.. kononnya pilihanraya akan diadakan pada bila2 masa aje  Kemudian, ada pula yang kata bulan Sept, lepas raya, kononnya Najib takut...pandai lah hampa... mengapa pula aku tetiba tulis pasal PRU13? nak masuk calon ke? tak la... aku kena jadi kerani pilihanraya, terpaksa... ramai cikgu2 yang kena bertugas untuk PRU13 ni. biasa la cikgu kan serba boleh. Berkhidmat untuk negara! khabarnya elaun naik 100%. itu yang penting sebenarnya, yang lain2 itu sila abaikan...

Actually, tiada siapa yang tahu bila PRU akan diadakan, hanya PM yang boleh buat keputusan. yang pastinya ia tidak boleh melangkaui April 2013, expired...

Sebagai persediaan, kami petugas2 PRU13 bagi P01 Padang Besar telah menghadiri taklimat pada 29 Mei yang lalu di Kompleks KDN Perlis. Bangunan baru yang tersergam indah tu..sehari suntuk kami di situ. First time saya ke sini, Mula dengan taklimat oleh pegawai SPRM, tayangan filem dan diakhiri dengan mock election.Makan minum disediakan. Rasanya, kalau esok pilihanraya pun kami dah bersedia tapi kalau lambat lagi, alamatnya lupa la semuanya..

 cantik kan!



Guru2 yang sedia berkhidmat..

Nak cerita sikit pasal kompleks KDN Perlis yang baru ini, besar dan cantik.  Sayangnya tiada surau! pelikkan..lucu pun ya jugak. bangunan yang baru dibina tiada surau.Bak kata cikgu Jamie, orang yang bekerja di sini pakai niat je kut . Kalau belum siap sepenuhnya, sekurang2nya sediakan surau sementara untuk memudahkan orang ramai yang berurusan di sini untuk menunaikan kewajipan. (sila jawab pihak pengurusan kompleks KDN), Satu lagi kelemahan yang sangat ketara ialah hanya ada satu lif je.. bayangkan kami ada 500 orang yang nak guna tak termasuk pekerja di sini (sapa lah arkitek bangunan ni).

Diharapkan semua komen dan teguran  dapat diperbaiki supaya bangunan ini boleh dijadikan mercu tanda dan kebanggaan rakyat negeri Perlis.

No comments: