Nufnang Ads

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru buat semua guru seluruh Malaysia, terutama 2 anak gadisku yang baru bergelar guru dan yg tengah training tu. Harap2 kita semua dapat mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna dan berjasa di dunia dan akhirat. kata orang, jasa guru bagai air sungai yang mengalir, tidak pernah putus-putus...

Sambutan hari guru disambut berbeza cara setiap tahun, semuanya meninggalkan kenangan terindah buat guru, walaupun kadang2 kita syok sendiri aje.. Paling tidak dilupakan ketika mengajar di sekolah rendah dahulu, dapat banyak hadiah walaupun hanya sebuku sabun atau sekotak tisu, semua itu sangat bermakna. Anak-anak kecil ini lebih menghargai jasa guru gamaknya, berbanding di sekolah menengah, hari guru bagai tiada makna bagi mereka ( bukan semua sekolah dan bukan semua pelajar bersikap begini).

kelebihannya, di sekolah menengah guru2 tidak perlu kalut untuk membuat persiapan sambutan, semua diurus pelajar berbanding di sekolah rendah dari A to Z cikgu yang kena buat.


SMKDJH menyambut hari guru guru tahun ini agak meriah, pelajar2 membuat gimik dengan menunggang vespa masuk ke dewan, konon2 guru 60an pakai vespa dan berkaca mata hitam. kreatif la, tapi secara peribadi saya suka gimik tahun lepas yang menunggang basikal tua dengan memakai songkok senget di kepala. Rasanya tahun depan kena pandu vios atau honda city pula bagi menunjukkan kemajuan dan inovasi yang berlaku. boleh ke form 6?

Paling membanggakan guru2 SMKDJH yang sanggup berlatih berhari2 untuk buat persembahan coral speaking. Tabik kepada pengetua, Cikgu Amin dan PK Koku yang sangat sporting. (aku? tarik diri... tak sanggup, lekeh betui...)



 kat mana budak2 ni dapat vespa antik ni...

 guru dulu macam ni ke?


 sukaneka

 badminton

 coral speaking girls

 pengetua yang sporting... bersajak you...

 Exchange gift

 jamuan mesti ada..

dapat hadiah ni... terima kasih najwa

Tahniah kepada AJK sambutan hari guru dan pelajar form 6 kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan meriah..

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA
SELAMAT HARI GURU..

No comments: