Seperti tahun lalu sekali lagi aku menjadi wakil pengetua untuk menghadiri Hari Anugerah Cemerlang SMSTSP (agaknya pengetua dah tak terdaya memenuhi undangan ini, lagipun DYTM Raja Perempuan hadir, banyak protokol dan dah tentu lambat habis, banyak lagi kerja nak buat ..itu antara alasan pengetua).
Tahun ini lebih bermakna kerana anakku MUHAMMAD ADAM FAHMI antara 83 orang pelajar cemerlang PMR 2011 yang menerima hadiah. Tambah manis, hari ini adalah harijadi Adam yang ke 16. Happy birthday abang! Mama sentiasa mendoakan abang menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Buku program
abang dari kejauhan
abang lagi
ayah dan abang..
* sepanjang majlis kami tidak dibenarkan mengambil gambar, mengapa ye? ( ini adalah saat yang begitu bermakna bagi pelajar mahupun ibu bapa) tapi aku tetap degil...
No comments:
Post a Comment