Permulaan 2012 yang suram. kurang keceriaan, kurang juga rasa kegembiraan. tawar...Pertamanya, kami dipaksa berpindah rumah walaupun tak punya masalah. Lainlah kalau tak bayar sewa. Tahu je lah bila berpindah.. banyak tenaga diperlukan, banyak kerja perlu dibereskan. Tambahan pula rumah sewa kali ini lebih kecil berbanding yang dulu..terpaksa jadi lebih kreatif untuk menyusun atur barang2. banyak juga terpaksa dibuang ataupun dikitar semula. Nasib baik suami dan anak sulungku sangat cekap.. tak sampai seminggu rumah kami kembali teratur... terima kasih.
Diikuti pula dengan berita, anak sulungku diposting ke Terengganu. Kami sekeluarga memang ternanti2 keputusan posting ini, tapi tidak pernah terlintas untuk ke negeri penyu .. betullah kata orang, yang kita tidak mahu itulah yang selalu akan dapat. Mungkin ada hikmah yang tersirat...
Disebalik rasa gembira kerana anakku dah mula bekerja, tidak dapat disembunyikan rasa sedih. Pada harijadinya yang ke 23 kami terpaksa melepaskan dia pergi untuk menjalani hidup sendirian di sana.. mama doakan along tabah untuk menghadapi semua ini. mama sayang along..
Diharapkan bulan2 akan datang akan ada sinar keceriaan..
No comments:
Post a Comment