Dengan pakej RM340, kami ke Krabi, Thailand. Pakej ini termasuk la tambang (naik van siam), hotel, naik bot ke 4 buah pulau dan makan tengah hari (hari kedua je) selama 2 1/2 hari 2 malam. Lain2 tanggung sendiri.
Mungkin bagi sesetengah orang tak tahu pun Krabi ni adalah pusat pelancongan terkenal termasuklah saya. Kalau sebut Phuket, seluruh dunia tahu (tahun lepas dah pergi Phuket, tahulah serba sedikit) . Phuket sesuai untuk berlibur atau kaki clubbing manakala Krabi pula sangat sesuai untuk menikmati keindahan pantai dan pulau-pulau yang sangat cantik. Di samping aktiviti snorkeling, berkayak, memancing atau sekadar mandi laut.
Air yang jernih membolehkan kita melihat pelbagai jenis ikan berenang2 disepanjang pantai. Pasir pantainya pula putih bersih. Mengasyikkan..
apa yang lebih mengagumkan ialah pantainya yang bersih, tak macam pantai kita yang kotor dengan sampah sarap. Pada hari kedua kami menaiki bot ke 4 pulau iaitu Tup island, Chicken Island, Poda Island dan Pranang Island. Kami menggunakan khidmat Barracuda tour yang menyediakan bot yang selesa, tourist guide yang boleh berbahasa Inggeris, makan tengah hari serta minuman, kek dan buah-buahan sepanjang pelayaran tersebut.
Disetiap pulau yang kami singgah, ramai sungguh orang putih berjemur seolah-olah kita berada di negara mereka. Banyak sungguh duit orang putih ni...
Jika anda kaki shopping, Krabi bukanlah tempatnya. Hanya barangan cenderahati yang banyak dijual di sepanjang Aonang beach. Harganya pula sangat mahal..
|
bersedia untuk naik bot |
|
chicken island... nampak macam ayam tak? |
|
ikan2 yang berenang boleh dilihat dengan jelas |
|
snorkeling |
|
phranang island, ada gua |
|
dalam tut tut.. |
|
tut tut.. |
|
naik gajah 700 baht |
|
selepas naik gajah makan nenas. manis.. |
|
otw nak balik.. beli nenas 10 baht satu |
|
cop passport, Padang Besar |
|
hotel |
|
poda island. macam pulau orang putih... |
|
dalam bot |
|
cantiknya.. |
No comments:
Post a Comment