Nufnang Ads

Monday, December 5, 2011

SERI MUKA

Kuih seri muka merupakan kuih kegemaran. Ada kuih seri muka hijau guna daun pandan sebagai pewarna dan ada juga seri muka gula melaka yang warna coklat. Dua-dua pun sedap...

Saya cuba seri muka pandan tetapi merujuk resepi dari Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com (terima kasih) yang membuat seri muka gula melaka. Saya adjust serba sedikit supaya jadi seri muka pandan kerana rumah saya banyak daun pandan yang hidup subur, tetapi sebenarnya saya malas nak masakkan gula melaka tu..




lain kali kena tambah lagi lapisan atas, baru best...


berkedut la pulak permukaannya, tapi rasanya memang sedap..

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil) ( saya ganti dengan memesin 8 helai daun pandan bersama 1/2 cawan air)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.(ganti dengan air daun pandan)
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

No comments: