Nufnang Ads

Tuesday, October 18, 2011

DENTIST

fobia bila nak jumpa dentist. kalau tak kerana terpaksa rasanya tak nak jumpa dentist ni.. stigma kan.. sepatutnya kita kena jumpa dentist setiap 6 bulan untuk memastikan gigi putih berseri dan tahan seumur hidup. gigi cantik senyum pun menawan. gigi rongak rosaklah penampilan..

seingat aku, aku selalu berjumpa dentist semasa sekolah dulu. itu pun terpaksa kerana ikut jadual yang ditetapkan... kenapa takut? sakit, ngilu..tapi tak ada orang mati pun jumpa dentist...

tapi, tahun ini sahaja aku dah 3 kali berjumpa dentist. kesedaran baru timbul dikala umur 46 tahun, dah banyak gigi yang rosak.. aku tak mahu terus-terusan gigi rosak dan perlu dicabut. menyesalnya...

pada awal tahun yang lalu, aku jumpa dentist untuk cuci gigi. seramm juga tapi ok je.. doktor cakap banyak gigi perlu ditampal untuk elak terus rosak. kali kedua jumpa untuk tampal. selepas tampal rasa sangat selesa dan tak ada masalah lagi untuk makan makanan keras. bestnya.. hari ini sekali lagi jumpa dentist, tak takut dah untuk tampal lagi.

lepas tu, doktor kata semua dah ok...

sebenarnya, bukan sakit pun tapi 'seriau' je... tak mati pun..

No comments: