Selamat menduduki PMR kepada abang, MUHAMMAD ADAM FAHMI di SMSTSP. Mama dan ayah doakan abang diberi ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, diberi kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan dan dipermudahkan segala urusan abang. Di samping itu sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t kerana Dia yang akan menentukan segalanya.
Mama juga mendoakan abang dapat melakukan yang terbaik kerana mama yakin dengan kemampuan abang berdasarkan percapaian cemerlang selama ini. Insyaallah semuanya akan berjalan lancar. Amin..
abang semasa membuat passport tempohari
lepas PMR abang akan berlepas ke Vietnam untuk projek R&D sekolah..
No comments:
Post a Comment