Nufnang Ads

Monday, October 17, 2011

WANG KELIAN

melayan anak bongsu yang kebosanan, tambahan pula apabila dia dapat tahu kakak2 dan abangnya asyik berjalan saja..mula dengan angah ke pulau pangkor, menyusul pula along ke destinasi sama kemudian adam pula ke vietnam menyebabkan dia rasa ditinggalkan.

bagi mengubati kebosanan kami membawanya ke wang kelian di sempadan thailand. hari ahad ada pasar minggu. pelbagai barangan dijual di sini. Amir telah membeli sepasang baju hujan dan teropong.

kemudian, kami berkelah di gua kelam. kerana ketiadaan kakak dan abang, ayah terpaksa menjadi peneman Amir mandi...Amir tersenyum puas apabila dapat shopping dan mandi di gua kelam.. kata Amir dia nak bawa abang dan kakak2nya ke sini apabila mereka pulang nanti.. dia sangat merindui mereka..





















No comments: