Nufnang Ads

Friday, October 29, 2010

Pergi Tak Kembali

Jam 3.30 pg,29 Okt 2010, kakak keduaku, Zainab bt Awang Ahmad telah kembali ke Rahmahtullah. Beliau mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak dua tahun yang lalu. Perginya takkan kembali lagi... Hanya kenangan bersamanya menjadi memori untuk kami kenangi..


Istimewanya, dia seorang yang pandai memasak. Sebutlah apa saja jenis makanan pasti dia mampu menyediakan tanpa gagal. Setiap kali Hari Raya, rumahnya pasti menjadi tumpuan kerana dia akan menyediakan kami makanan tengah hari yang sangat istimewa, gulai ikan kering campur nangka, siakap masak tiga rasa, kerabu mangga, ayam goreng yang ditabur bawang goreng rangup, sambal belacan dan ulam-ulaman. Menunya akan berubah mengikut permintaan kami adik-beradik.







Dia juga pakar menyediakan acar limau, andai kami adik beradik mengadakan kenduri, pasti dia akan memasak acar limau istimewa ini untuk kami. Kini, tiada lagi...pasti.


Semuanya kini tinggal kenangan, semoga rohNya dicucuri rahmat. Kami redha dengan ketentuanMU, Ya Allah. Sudah menjadi resam dunia, yang hidup pasti akan mati, bila dan di mana, tidak mampu ditelah dengan akal manusia...Al fatihah untuk aruah Kak Nab...


Terima kasih kepada abang iparku yang menjaga Kak Nab dengan penuh sabar..


* gambar dari handphone, kurang jelas

No comments: