Nufnang Ads

Saturday, October 25, 2014

Susu segar dari ladang

Pernahkah anda minum susu segar yang diperah terus dari lembu? Dulu2 masa di kampung selalu juga saya minum. Selepas diperah tak boleh minum terus. Aruah ibu akan masak sebentar atas api dan ditambah dengan sedikit garam.

Nyamannya bila minum suam2, kadang-kadang kami makan bersama pulut kukus. Sedappp...
itu cerita  zaman 70an. Sekarang yang tinggal hanya kenangan..

Tapi, baru-baru ini, suami membawa balik sebungkus susu segar pemberian rakannya. Susu ini dah  diproses dan boleh diminum terus.

Nikmatnya, terima kasih kepada sipemberi...semoga murah rezeki..


Wednesday, October 22, 2014

Beribu2 lemon

Sabar menunggu, akhirnya dia muncul juga. Rasa teruja seolah2 menunggu anak sulung. Pokoknya sangat subur merimbun, tapi yang ditunggu2 tak muncul2. Sehinggalah hari ini, baru saya sedar sudah ada yang besar, comel sangattt.... ada pulak beberapa adik beradiknya yang masih kecil. Harap2 dia membesar dengan sihatnya.

Al kisahnya, saya membelinya di Cameron Highland lebih 3 tahun yang lalu. Ramai yang melarang kononnya dia tak sesuai dengan kehidupan di bawah. Tapi saya tetap degil, belum cuba belum tahu bro....

Saya sentiasa menjaga dan membelainya dengan penuh kasih sayang, selalu bercakap dan bertanya khabar....akhirnya dia membuahkan hasil seperti yang saya harapkan...

Alhamdulillah, semoga terus subur dan menghasilkan beribu2 lemon...

Berbunga light purple..

Kembang setaman...

Berputik.....


Cantiknyer posing...

Nin dia pokoknyer....



Selatan Thai

Sati lagi entri tertunggak, dah lebih sebulan yang lalu saya ke selatan Thailand. Mood untuk update blog ada pasang surutnya.. selalu surut je memanjang...

Apabila dibelek2 gambar dalam hp, macam best jer nak share lawatan setengah hari ni. 

Pelawaan dari rakan sekerja yang setiap minggu berkunjung ke sana buat saya teruja untuk ikut serta. Kawan saya ni dah macam rutin  ke Thailand setiap minggu untuk membeli keperluan dapur. Selalunya mereka akan pergi sekeluarga atau bersama teman2 untuk makan2 dan shopping atau sekadar ronda2. dekat je pung... tak sampai haadyai

Kami ke sana melalui Wang Klian. Selepas cop border pass singgah sebentar di nat Wang Klian untuk membeli ayam goreng dan minuman sebagai alas perut.

Perjalanan diteruskan ke Tesco Lotus, rasanya lebih kurang 30 minit je dari Wang Klian. Saja2 nak tengok Tesco diorang. Sama je dengan kita tetapi yang paling saya kagum mengenai food courtnya. Bersih sekali tak macam Tesco Mergong di Alor Setar  tu. Tiada pinggan mangkuk kotor atas meja, semuanya bersih dan kemas. Di sini kebanyakan penjual makanan adalah muslim kerana selatan Thai majoritinya penduduk Islam.

Kami order bihun sup dan kerabu mangga. Sedap sangat. mereka ni tak kedekut, satu paha ayam dalam bihun sup tu.. dan kerabunya sangatlah lazat.

Saya tercari2 tempat sudu, maklumlah semuanya ditulis siam. Rupa2nya tempat sudunya sangat special. Sudu, garfu dan chopstick diletak berasingan di tempat yang sangat bersih. Satu bekas air panas disediakan bersama peralatan tersebut. Tujuannya supaya kita boleh mencelup sudu dan garfu ke dalam air panas sekali lagi untuk memastikan kebersihannya.

Ada ker Tesco di Malaysia yang buat macam tu? saya tak pasti kerana tidak pernah menjelajah ke semua Tesco di Malaysia, yang pasti di Alor Setar dan Sg Petani tak ada ler..
Tandas pun tip top..bersih, wangi dan sentiasa kering. Selesa sangat..

Selepas menjamu selera kami pusing2 dalam Tesco, tak banyak beli sekadar menjamu mata..



Seterusnya kami ke Makro yang terletak di Chalung lebih kurang 15 minit dari Tesco. Ada lagi ke Makro kat Malaysia? Dulu2 tu ada kat Cheras kannn... Sama juga sekadar pusing2 dan shopping sikit2. Harga barangan di sini jauh lebih murah berbanding tempat kita.

Saya sempat membeli balang kaca untuk mengisi kerepek dengan harga tak sampai RM10 sedangkan sebelum itu saya sudah membeli di Yawata Jitra dengan harga RM21.90.

Sebelum balik kawan mengajak makan di sebuah kedai yang selalu dikunjunginya, katanya ayam panggangnya sedapppp namun hari tu tutup pulak. Tak ada rezeki...

Itu jer tempat yang kami pergi hari tu... 





350 baht = RM3.50 sepinggan

bersih, lantai berkilat..





tengok tu... ada sebekas air panas
habuan nak celup sudu & garfu











22 baht = RM2.20

nampak tu..tulis siam





















Monday, October 20, 2014

Mee udang sungai dua

Pagi-pagi ni cerita bab makan best jugak. Hari ni kisah mee udang Sungai Dua, Penang. Dah tiga kali saya ke sini.. Sedap dan harganya tak la mahal sangat.

Nama kedai ini Aziz Mee Udang Pak Ngah. Lokasinya di Kg Teluk, opposite dengan stesen minyak Petron. Kalau melalui highway dari Alor Setar exit Sungai Dua selepas tol, begitu juga jika dari KL, exit Sg Dua tapi sebelum tol. Dekat je dari highway..

Actually, saya tidak berapa pasti harga sepinggan mee, selalu bayar secara pukal kan.. kita juga boleh request udang sama ada udang pelihara, atau udang laut. Harganya pun berbeza mengikut jenis udang tu..

Selain mee udang, ada juga satay, nasi ayam, goreng2, macam2 lagi la.. saya selalu order mee udang dan satay jer.. sebabnya tokey satay tu ada bau2 bacang dengan saya. Kebetulan dia tegur saya, walaupun sebenarnya saya tak berapa cam dia..

Di buka dari 11.00 pagi hingga malam. Tutup pada Isnin

Cuba lah...

*  promosi free untuk tokey mee udang sungai dua..boleh dapat diskaun kut..


Thursday, October 9, 2014

Cheese cake

cheese cake yang dah siap

pukul 5 biji telur dengan kelajuan tinggi

masuk 250g tepung sponge cake segera

masukkan 50ml air

akhir sekali masukkan 75g butter yang dicairkan
pukul sampai jadi kental

bakar pada suhu 180 C selama 20 minit


Filing


125 g cream cheese (tartura milk)
1/4 tin susu pekat teapot



cara buat filing
pukul cream cheese dengan susu pekat hingga sebati - guna mixer



topping 
cheddar cheese - sagat

Rujuk di sini untuk resepi yang lebih detail



Wednesday, October 8, 2014

Sehari di CH

Assalamualaikum, lama sungguh tak update blog nih walaupun banyak cerita dan aktiviti yang dilakukan. Hari ini nak kongsi cerita lebih sebulan yang lepas... dah basi kot..

Kami sekeluarga kecuali sibongsu  ke CH pada cuti merdeka yang lalu. Actually, kami nak ke Sungai Buaya untuk majlis perkahwinan anak sedara. Sehari sebelum sempatlah naik ke CH. Sekejap je..

Sempatlah ronda2 dan posing2....kemudian turun bermalam di Ipoh. Kami ke Mardi, Lavender Farm dan shoping buah2an dan sedikit sayur2an. Sebelum turun singgah minum teh di Bharat tea.

















* semua gambar dari hp so kualitinya sangat tidak memuaskan