Nufnang Ads

Saturday, October 25, 2014

Susu segar dari ladang

Pernahkah anda minum susu segar yang diperah terus dari lembu? Dulu2 masa di kampung selalu juga saya minum. Selepas diperah tak boleh minum terus. Aruah ibu akan masak sebentar atas api dan ditambah dengan sedikit garam.

Nyamannya bila minum suam2, kadang-kadang kami makan bersama pulut kukus. Sedappp...
itu cerita  zaman 70an. Sekarang yang tinggal hanya kenangan..

Tapi, baru-baru ini, suami membawa balik sebungkus susu segar pemberian rakannya. Susu ini dah  diproses dan boleh diminum terus.

Nikmatnya, terima kasih kepada sipemberi...semoga murah rezeki..


No comments: